Berita PAANAAS : POTONG di FELDA ?

Relaks  Relaks geng …. ni bukan potong kepala ke apa .. tapi sebenarnya Yayasan Felda dengan kerjasama Musolla Felda menganjurkan Majlis Khatan Perdana untuk anak kakitangan semasa cuti persekolahan penggal keempat tahun 2011. Melalui program ini , anak anak kakitangan khususnya yang berkhidmat di Ibu Pejabat ditawarkan khidmat berkhatan secara percuma..

Majlis disempurnakan oleh YB Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad , Pengerusi Kumpulan Felda yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Felda.

Serama 70 orang anak kakitangan yang terlibat didalam program ini dan Yayasan Felda menyediakan 5 orang Doktor dan 10 pembantu yang terdiri dari Sukarelewan Yayasan Felda.

Program ini merupakan kali pertama diadakan di Ibu Pejabat dan adalah merupakan sebagai peraksanaan tanggungjawab sosial Kumpulan Felda melalui Yayasan Felda serta keperihatinan kepada kakitangan Kumpulan yang bertugas di Ibu Pejabat. Ia amat sesuai dengan visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama perlaksanaan tanggungjawab sosial dan keprihatinan Kumpulan Felda.

Untuk pengetahuan kawan kawan , Yayasan Felda si tubuhkan oleh Felda pada tahun 1998 dibawah akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 .

Kami sempat membuat rakaman audio semasa acara berkhatan .. nasib baik kami tak pengsan…

TAHNIAH FELDA dan TAHNIAH YAYASAN FELDA

Acara berkhatan di felda at Dewan felda by uzaidi

Share

Ucapan Dasar Presiden UMNO sebelum PRU 13?

Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya.

Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini.

Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokongdan didamping, penuh kemuliaan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Pertama selaku teman setia yang arif berpengalaman, SaidinaUmarAl-Khattab, Khalifah Kedua, Al-Faruq yang menjadi perlambangan ketegasan prinsip beragama.

  1. Seterusnya,SaidinaUthmanAl-Affan, Khalifah Ketiga, hartawan amanah dengan kewarakan dan keperibadian tiada tolok bandingnya, manakala Saidina Ali, Khalifah Keempat,simbol ketokohan golongan muda yang sanggup berkorban apa saja.Dimuliakan wajahnya serta turut digelar sebagai Singa Allah sepertimana Saidina Hamzah.
  1. Sayugialah, para cendekiawan dan para pengkaji menyifatkan tali temali perjuangan suci Baginda dalam menegakkan syiar Islam, sebagai penuh berstrategi.Semuanya dipintal dan diikat oleh sifat-sifat mahmudah yang terpuji seperti cinta dan kasih kepada perjuangan, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, amanah, kuat kerja, tidak putus asa, tabah dan pastinya bertawakal kepada Allah.

Saudara dan Saudari,

  1. Menjejaki laluan tersebut, kita mahu terus mencontohi dan mengambil pengajarannya, bagi memperelok dan memperbaiki perjuangan UMNO, yang selama ini turut dipersaksikan oleh perjalanan suka duka, pahit dan manis,selaku sebuah parti penuh berjasa.
  1. Tahun ini, UMNO menyambut kelahirannya yang ke-65. Hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu.
  1. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkinpadam cita-cita.
  1. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.

Saudara dan Saudari,

  1. Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri……, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, wargaparti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini.Marilah….., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya.
  1. Bermula dengangemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.

Saudara dan Saudari,

  1. Khususnya,kalungkanlah penghormatan kita kepada parti bertuah ini, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO yang telah memungkinkan sebuah negara merdeka terbina gagah, ilmu pengetahuan digembur dan disebar luas pada anak-anak, belantara dipugar, sawah ladang diusahakan, hingga laba yang lumayan melimpah-limpah ke kaki halaman.

Saudara dan Saudari,

  1. Sememangnya termaktub, ceritera kejayaan Malaysia adalah cerita kejayaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yakni UMNO, bersama dengan rakan-rakannya. Parti Perikatan, yang kemudiannya bergelar Barisan Nasional, adalah satu jelmaan dan terjemahan hasil pakatan ikhlas kaum Melayu/Bumiputera beserta kaum-kaum lain di Malaysia.
  1. Berkat pengurusan negara yang begitu cekap, terutamanya di lapangan ekonomi,wajah Malaysia telah berubah daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah,diawali dengan lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi, di mana, kurang daripada empat peratus penduduknya berada bawah paras kemiskinan relatif manakala kemiskinan tegar pula hampir berjaya dibasmi.
  1. Jika dihalusi, susur galur kejayaan ini, mempunyai bibit-bibitnya dalam prakarsa, perancangan rapi, penggubalan dasar dan pelaksanaan oleh kerajaan yang diterajui UMNO. Dalam kata lain, ia tidak terjadi secara sendiri mahupun dalam vakum atau kelompongan.
  1. Lantas, usahlah kita berasa bimbang dan ragu. Malaysia, nyatanya, bukanlah sebuah kisah ditulis parti pemerintah yang gagal. Ia dinukil oleh sebuah parti yang berhak untuk berbesar hati, bahawa, mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat Malaysia, telah digunakan sebaik-baiknya, demi kebajikan dan kegemilangan pertiwi.

Saudara dan Saudari sekalian,

  1. Menghayati ehwal demikian, secara sedar atau tidak, bukan semua parti politik jika membentuk kerajaan akan menghasilkan kejayaan yang sama seperti kita. Lihat saja kepada sejumlah besar negara di dunia,waima,mempunyai pelbagai potensi termasuk sumber asli yang kaya, namun dek sebab kerajaan tidak berkebolehan, sia-sialah segala faktor dimiliki, malah akhirnya mereka menjadi negara yang gagal.

Saudara dan Saudari,

Pada perhimpunan tahun lepas, saya telah bercakap dan membicarakan dari sudut falsafah dan asal usulnya,siapakah itu Melayu.Kita dah dengar bahawa antara terhitung dalam kelompok Melayu adalah Bugis, Minang, Arab, Muallaf, serta berpuluh suku kaum di Sabah dan Sarawak.Hatta Mamak dan Malbari pun dah serap jadi Melayu.Celah-celah itu,ketiga-tiga NaibPresiden kita tampaknya terdiri daripada Jawa, Turki dan Bajau Laut atau lanun.Saya kata takpalah, yang penting semua kira Melayu…

  1. Jadinya, pada perhimpunan kali ini, setelah saya belek-belek dan saya kaji-kaji pengalaman secara aktif selama 35 tahun dalam parti, bersempena pula UMNO sudah menjangkau satu umur yang sangatdewasa, berpengalaman dan matang yakni 65 tahun, elok rasanya kalau dikupas pula siapakah dan apakah ertinya menjadi orang UMNO.
  1. Maksud saya, bilamana memperkatakan tentang parti, kita semua,sebenarnya,tidakcukup sekadar didefinisikan sebagai ahli UMNO.Sebaliknya, kita perlu menjadi orang UMNO.Makna kata, orang UMNO yang tergambar danterpamer perwatakannya melalui tindak tanduk serta sistemnilai yang dipegang.

Saudara dan Saudari,

TAAT DAN SETIA

Pertamasekali, orang UMNO itu adalah, orang yang taatdansetiakepada parti. Orang UMNO tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

Kita faham,adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat.Apa yang penting, kelainan pandangan  itu,seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat.

Dalam berijtihad pula, orang UMNO harus mencipta kebaikan untuk parti.Mengambil mudah pengertian setia dan taat melalu isyura dan musyawarah seperti difirmankan dengan indahnya pada helaian Surah An-Nisa’, apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat,maka wajiblah ditaati.

Contohnya, kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diris ebagai Panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut sertasebagaisoldadubiasa.Sekalipunsedangberadadikemuncakkarier, menurutsejarahnyatidakpernahkalahperang.

Seterusnya, Usamah binZaid, seoranganakmudabelasantahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medanperang.

Inilahdia,watak,dankeperibadian pejuang sejati yang kita ingin kan dalamsusukdiri orang-orang UMNO.

Bercakaptentangtaatsetiajuga, kitatakmau, biladepankitadisuruhangguk, diaangguk, disuruhgeleng, diageleng. Tapi dibelakanglainpulakhalnya.

Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang.Bak kata pepatah, janganlah telunjuksaja lurus tetapi kelingking berkait.

Saudara dan Saudari,

CINTA DAN KASIH

Adapunnilaikedua orang UMNO ituadalah, orang yang cintadankasihkepadaperjuanganparti.SepertidimadaholehAllahyarham Tan Sri P.Ramlee, dalamlagunya…itulahkasihmesra, sejatidanmulia.

Dalamhalini, apabilaada rasa cintadankasihkepadaparti, orang UMNO itujugaadalah, orang yang tidaktakutdantidakgentarmenyuarakanpendapatsertamendengarpula pendapatorang lain demi kebaikanparti.

Ajaran agama danpujanggamelorongkanpedoman, perkatakanlah yang benarkeranakebenaranituisidanmakanannyasejarah, tidakakanpatahdipukulzaman.

Bersesuaiandengannilaikesetiaan, bilakuathawakasihnyakepadaparti, orang UMNO wajibmembeladanmempertahankanparti,selagihayatdikandungbadan.

Seperkarautamalagiadalah, cerdikpandaiberfatwa, takkenalmakatakcinta.Lantaran, untukmencintaiparti, orang UMNO wajarkenalsejarahparti,samada yang tersurat,mahupun yang tersirat.Begitulah, seharusnyamenjiwaiprinsipsertafalsafahperjuangannya.

Pendek kata, orang UMNO harusmelihatpartisebagaisatu-satunyawadah yang mampumembelauntungnasib orang Melayu.Dalamberusaha pula, sebagaitandakasih,orang UMNO sewajibnyabersemangatdantidaksesekalimengecewakanparti yang dicintai.

Meluncurtopikcintadalamberorganisasi, orang UMNO wajibadacinta yang satusahajakepadaparti, tidakbolehcintapoligami, tidakbolehcintaberbelahbagiataukata orang Indonesia berbagicinta…takmungkin Pak…engga’bisa Pak…

SaudaradanSaudari,

BERKHIDMAT TANPA JEMU DAN BERKORBAN

Orang UMNO ituadalah orang yang sanggupberkhidmattanpajemudansanggupberkorban.Pengorbananadalahsatusifat yang harusbersebatidalamdiri orang UMNO.

Bersandarkanprinsippersalingan, orang UMNO harusmenunjukkankeikhlasanberkhidmatkepadarakyat.

Beringatlahbahawa,rakyatsedangmemerhatikita.Kata orang, rakyatitusentiasamerasa, mendengardanmengadili,biarbetapapunsenyapsuaramereka, biarbetapapunjuadiamgerakgerimereka.

Disudutlain, sambilmenghadamperadabanMelayu, orang UMNO perlubermuhasabahkedalamdirimasing-masing.MasihwujudkahsemangatTunTuah di sanubari?MasihbergemakahkekentalanjiwaTun Fatimah?

Mahutidakmahu, orang UMNO harusberusahatanpajemu.Biarberdepanapapun cabaran, pastikanUMNO menang, biardilintangapapundugaan, orang UMNO mestiterusberdampingdenganrakyat.Sedarlahkitabahawa,dalamsistemdemokrasi, tidakadatempatkedua.Kita wajibjadijuara.

Kesimpulannya, kemuncakpengorbananadalahmenjunjungkepentingandanmaruahparti, bukannyakepentingandanmaruahperibadi.

Saudara dan Saudari,

i) 1946

  1. Terpanggu atas segalanya, kejayaan terbesar UMNO adalah menyatupadukan orang-orangMelayu melalui penubuhannya pada 11 Mei 1946. Lantaran itu, perlu ditegaskan bahawa, kejayaan ini bukannya kecil, jauh sekali daripada bersifat enteng kerana bangsa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua,masih belum endah politik,disampingterbelenggu semangat kenegerian.
  1. Jangan dilupa juga, termusta’id dalam lembaransejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan penubuhan MalayanUnion dan menggantikannya dengan sistem Persekutuan Tanah Melayu. Sekaligus, ditanda dengan episod itu, UMNO telah berbakti menyelamatkan kedudukan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kesucian agama Islam.

Saudara dan Saudari

ii) 1951

  1. Kemudiannya, satu episod getir telah dilalui oleh UMNO apabila Dato’ OnnJaafarseorang tokoh bangsa,selaku Presiden Pengasas,meletakkan jawatan, sebagai Yang DiPertu,a dan keluar dari parti.
  1. Pada masa tersebut, banyak pihak telah menitipkan belasungkawa dan membacakan talqin terhadap UMNO keranahilangnya kepimpinan. Sekalipun begitu, pemilihan parti telah menyaksikanTunku Abdul Rahman mengambil tempat sebagai Yang DiPertuadenganTun Razak sebagai Timbalannya yang setia.
  1. Ternyata, telahan kelam oleh pelbagai pihak bahawa, UMNO akan karam,amat meleset, malah, penggantian kepimpinan ini telah merancakkan lagi usaha bagi mendapat kemerdekaan negara. Serentak dengan itu, slogan “Hidup Melayu” telah diubah kepada “Merdeka”.
  1. Kendatipun para ahli tidak menerima cadanganDato’ Onn untuk membuka pintu UMNO kepada orang-orang bukan Melayu, kepimpinan partiwaktu itu,memahami realiti yang ada dan berfikir panjang, malah berilham jauh ke hadapan dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik, melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan UMNO, MCA dan MIC. Yang termustahak adalah, taat setia semua kaum kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Saudara dan Saudari,

iii) 1955

  1. Menyentuh usaha tersebut, iltizam UMNO bagi menjayakan prinsip yang dipelopori jelas terpamer sejak dari awal lagi. Sebagai contoh, dalam pilihanrayatahun 1955, untuk memilih 51 daripada52 ahli Majlis Perundangan Persekutuan, prinsip perkongsian kuasa telah dipraktikkan UMNO apabila kita meletakkan calon di hanya 35 kawasan, berbanding MCA, 15, dan MIC, 2. Walhal, daripada52 kerusi yang dipertandingkan, 50 adalah kawasan majoriti Melayu, dan hanya 2, kawasan majoriti Cina.
  1. Perlu diketahui juga, pecahan pengundi semasa pilihan raya tersebut, mencatatkan majoritikira-kira 84 peratus atau lebih 1 juta pengundi Melayu. 11 peratus atau seramai 143 ribupula, adalah pengundi Cina, manakala 50 ribu, atau,hampir 4 peratus sahaja,di kalangan pengundi India.
  1. Hakikat tersebut nyatanya, tidak menghalang semua calon parti MCA dan parti MIC untuk menang. Bagi pemimpin dan orang-orang UMNO, demi mencapai perpaduan antara parti-parti komponen Perikatan, mereka harus menunjukkan keikhlasan berkongsi kuasa. Keikhlasan ini dimanifestasikan dalam bentuk kerelaan memberi kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen untuk ditandingi.
  1. Tidak terhenti setakat itu sahaja, ia diikuti pula dengan kesanggupan orang-orang UMNO untuk mengundi calon bukan daripada bangsa mereka sendiri,demi matlamat lebih besar, yakni memenangi pilihanraya, kemudiannya, membentuk kerajaan, seterusnya mencapai kemerdekaan.
  1. Terbukti, sejak dari dulu lagi, UMNO bukanlah sebuah pertubuhan rasis.UMNO sebenar dan sebetulnya adalah pencetussertaperintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya,telah mencipta kestabilan sosial,membawa kepada kemakmuran nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

iv) 1957

  1. UMNO juga melalui Parti Perikatan telah mengemudi pelayaran bahtera merdeka, tanpa pertumpahan darah, mahupun revolusi. Ia dimeterai atas meja rundingan. Syukur, tiada kemusnahan, sekalipunterhadap sumber kekayaan negara,samada dalam bentuk ladang mahupun lombong.Ini, membolehkan kerajaan yang baru merdeka, membina sebuah watan aman berjaya,di atas asas-asas pemerintahan sedia ada.
  1. Setepatnya, kisah kejayaan kita bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan, 54 tahun yang lalu. Ia bertitik tolak apabila Kerajaan Perikatan dengan kuasa terhad,di bawah kepimpinanTunku Abdul Rahman dibentuk pada tahun 1955. Sebaik sahaja mencapai taraf berkerajaan sendiri, Perikatan mula mengorak langkah, bagi membaiki nasib rakyat, dengan penggubalan Rancangan Malaya Pertama, antara tahun 1956 hingga 1960. Dalam ketika itu, pada 1956, FELDA ditubuhkan, disusuli pula langkah-langkah lebih konkrit pasca merdeka.
  1. Penubuhan FELDA menjadi satu langkah yang amat mendahului waktunya. Ia telah memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanah, ia telah membawa sinar kepada mereka yang tidak mempunyai harapan, dan ia telah menawarkan permulaan baru untuk warga Malaysia keluar daripada kemelut kemiskinan. Segala tahmid ke hadrat Yang Esa, hari ini terdapat lebih 100 ribu peneroka di seluruh negara yang telah menikmati hasil rancangan penuh berwawasan ini, bersama-sama ratusan ribu generasi kedua.

Saudara dan Saudari,

  1. Berbalik kepada salasilah, apabila negara memperoleh kemerdekaan, maka cabaran pertama dihadapi UMNO dan Parti Perikatan ialah, bagaimana hendak menangani pengaruh dan ancaman Parti Komunis Malaya serta menamatkan darurat yang telah diisytiharkan pada tahun 1948. Alhamdulillah, matlamat ini telah berjaya dicapai, kurang daripadatempoh tiga tahun selepas 1957.
  1. Kejayaan yang dicapaibukanlahsedikit,sebaliknyaiabegitusignifikandantersergamkepadanegara. Kita harusmelihatkejayaaninidariperspektifapa yang berlakudirantauini. Kalau  diamati,walau  ada  penglibatankuasa besar  dunia dengan kekuatan militertanpatolok banding, masih tidak mampu menghalang pengaruh komunisme. Sebaliknya,sebuah kerajaan baru merdeka,dengan sokongan padurakyat,berjaya menyanggah teori domino.
  1. Oleh yang demikian, UMNO mengecamsekeras-keras nya tindakan pihak tertentu yang cuba menulis dan meriwayat semula sejarah,dengan memperlekehkan sumbangan  para pahlawan negara. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengenang  budi,kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali membiarkan wirawan serta wirawati kita,tanpa pembelaan sewajarnya. Sesungguhnya, jasa dan bakti mereka akan terus malar serta segar dalam sanubari dan ingatan setiaprakyat Malaysia.
  1. Selepas memenangi keamanan, telah diisytiharkan pula perang terhadap kemiskinan dan kemunduran. Seperti disebut tadi, ini wajar dilakukan kerana, seawal merdeka, lebih 89 peratus rakyat Malaya hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman, dengan kadar buta huruf yang tinggi, akses kepada pendidikan yang rendah, ditambah pula kemudahan asas yang terkebelakang.
  1. Lucunya, kita kini mendengar  pihak-pihak tertentu  tanpa segan silu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan  syabas  dan tahniah kepada  mereka,kerana,baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Sesungguhnya,mereka sudah 60 tahun terlewat.
  1. Soalnya, kenapakah kini,baru prihatin terhadap kebajikan rakyat? Kita ingin bertanya,sebelum ini apa matlamat perjuangan mereka?Adakah matlamatnya semata-mata untuk memecahbelahkan ukhuwah umat? Hakikatnya, dengan segala inisiatif dan perlaksanaan demi rakyat,kerajaanBarisanNasionalsudahsejakmelebihienamdekad,mengamalkankonsepnegaraberkebajikan.

Saudara dan Saudari,

v) 1969

  1. Apabila tragedi hitam rusuhan kaum 1969 terjadi, prognosis pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia amat buruk. Mereka meramalkan kita akan gagal manakala rakyat seolah-olah telah hilang harapan. Sementelahan pun begitu, UMNO dan rakan-rakannya jauh dari menyerah kalah atau hilang pedoman. Sehubungan peristiwa ini juga, jangan sekali-kali kita alpa bahawa, terdapatdikalangan pemimpin pembangkang, turut terlibat mengapi-apikan slogan untuk menghina orang Melayu sehingga berlakunya tragedi 13 Mei.

Saudara dan Saudari sekalian,

vi) 1970

  1. Tarikh 22 September 1970 menyaksikan Tunku Abdul Rahman melepaskan kepimpinan negara diikuti kepimpinan parti. Tun Razak telah mengambil alih kedua-dua jawatan tersebut, maka bermulalah era pelaksanaan DEB. Fokus masih lagi kepada kawasan luar bandar dan pedalaman.
  1. Ini dicerminkan menerusi penubuhan agensi, antara lainnya, RISDA, untuk pekebun kecil getah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara, masing-masing untuk petani, peladang dan penternak. Bagi merancakkan pembangunan wilayah pula, kerajaan telah menubuhkan KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA danLembagaKemajuanWilayah Jengka.
  1. Bagi mencipta masyarakat perdagangan dan perindustrian serta kemasukan kaum Melayu/Bumiputera ke dalam sektor moden pula,kerajaan telah menubuhkan agensi seperti Bank Bumiputra, UDA, Pernas dan Perusahaan Awam Bukan Kewangan atau PABK.
  1. Kesan utama pelaksanaan dasar ini, dan pewujudan Barisan Nasional adalah terciptanya kestabilan sosial yang membolehkan pertumbuhan ekonomi mapan dengan kadar pukul rata hampir 7 peratus untuk dua dekad berturut-turut. Ini secara langsung telah meningkatkan kemakmuran serta taraf hidup semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

Saudara dan Saudari,

vii) 1988

  1. UMNO menghadapi saat paling dahsyat apabila parti keramat ini diharamkan pada tahun 1988. Ini kerana keputusan pemilihan parti 1987 tidak dapat diterima dan kes telah dibawa ke mahkamah. Walaupun UMNO berpecah dua,seraya menyaksikan satu percubaan untuk meniru konsep Barisan Nasional melalui Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah,hal ini tidak berjaya, kerana tidak ada keikhlasan.
  1. Sungguh apapun, segala cabaran telah berjaya diharungi.Bangkitdari runtuhan UMNO lama, UMNO baru telah wujud bagi terus membela umat Melayu dalam satu proses pemulihan parti dengan tidak mengambil masa yang lama.

Saudara dan Saudari,

viii) 1990

  1. Berlawanan dengan tafsiran cetek oleh sesetengah pihak, DEB sejelasnya tidak pernah merugikan orang-orang bukan Melayu. Buktinya,setelah dua dekad pelaksanaan, pada tahun 1990, orang bukan Melayu masih lagi memiliki ekuiti terbesar dalam kekayaan negara manakala pendapatan pukul rata isi rumah mereka, masih yang tertinggi antara kaum diMalaysia.
  1. Diperakui, walaupun matlamat pemilikan ekuiti tidak tercapai sepenuhnya, paling terkesan ialah penciptaan kelas menengah Melayu yang besar, menjelang berakhirnya dasar ini. Saiz kelas menengah ini meningkattinggi dengan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional antara 1991 hingga 2000. DEB, sebenarnya telah mengasaskan kestabilan sosial kebangsaan yang membolehkan penciptaan kekayaan dan kemakmuran dinikmati oleh semua pihak.
  1. Salah satu kisah kejayaan lagi, ialah bertambahnya jumlah profesional Melayu/Bumiputera. Jika dikaji, ketika bermula pelaksanaannya pada awal 70an, hanya terdapat kurang 5 peratus profesional daripada kaum Melayu dan Bumiputera.Jumlah ini telah bertambah kepada 45 peratus dari keseluruhan profesional hasil DEB dan dasar-dasar seangkatan dengannya.
  1. Prakarsa kerajaan melalui penubuhan sekolah berasarama penuh atau SBP dalam bentuk Sekolah Menengah Sains, Maktab Rendah Sains MARA, pusat asasi sains, matrikulasi untuk IPTA tempatan dan penghantaran pelajar ijazah pertama ke luar negara menjadi pemangkin yang telah membawa kepada kemunculan kelas pertengahan Melayu.
  1. Dasar inijuga telah menunjang pergerakan menegak mobiliti sosial, maka tidak pelik melihat anak seorang buruh kasar hari ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan.Anak pesawah, penoreh getah, nelayan dan peladang pula menjadi anggota pentadbiran tertinggi, penjawat awam dan korporat,usahawan, hartawan dan cendekiawan.

Saudara dan Saudari,

  1. Sebagai dimaklumi,asalnya kita adalah sebuah negara pertanian yang eksport utamanya adalah komoditi seperti getah, kelapa sawit dan bijih timah. Pada pertengahan tahun 80an, apabila pulih daripada menghadapi kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan harga komoditi utama negara, kerajaan telah memulakan proses industrialisasi.
  1. Tumpuan juga mula diberikan bagi menjadikan Malaysia pusat tarikan pelancongan global disamping pembinaan projek infrastruktur yang besar. Misalnya,LebuhrayaUtara-Selatan yang telah berjaya merangsang pertumbuhan dan proses urbanisasi.
  1. Pucuk pangkalnya, semua inisiatif, dasar dan program ini telah membawa kepada perubahan struktural bukan sahaja kepada lanskap sosioekonomi rakyat Malaysia tetapi juga kepada sistem nilai, taraf hidup dan pendidikan lebih tinggi serta akses kepada maklumat yang lebih luas.

Saudara dan Saudari,

ix) 1999

  1. Direnung-renung dan ditinjau-tinjau semula, dalam Pilihanraya 1999, sungguhpun penggunaan telefon bimbit makin meningkat, disebabkan keupayaan teknologi masih terbatas ketika itu, ia belum mampu menyalurkan data. Maka, e-mel, faks dan laman sesawang yang tidak interaktif, menjadi medium popular sebagai penyampai berita alternatif.Meneropong kembali, waktu itu, belum ada Google, belum ada Facebook, belum ada Twitter hatta telefon pintar.
  1. Berbanding sekarang ini, menurut data dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kita mencatat 36 juta pelanggan telefon selular, iaitu kadar penembusan 124%, atau,124 set bagi 100 penduduk. Penembusan jalurlebar sekarang pula telah meningkat kepada 62% langganan isirumah. Dengan kata lain, 4 juta isi rumah dari sejumlah 6.5 juta isi rumah, atau,lebih 16 juta penduduk Malaysia mempunyai kemudahan jalurlebar.
  1. Selain itu, lebih 40 peratus yang melanggani TV satelit berbayar, mendedahkan mereka kepada saluran berita seperti CNN, BBC dan Al-Jazeera,bagi mengikuti perkembangan dunia secara langsung.

Saudara dan Saudari,

x) 2011

  1. Bertapak jauh selepas satu dekad, pengenalan SMS, MMS, BlackBerryMessenger, telefon pintar, media sosial, tablet eletronik pintar dan Wi-Fi percuma telah mejadikan akses kepada idea, pendapat dan berita melaluinya menjadi lebih mudah.
  1. Umpamanya, ucapan perayaan AidilAdha, yang disiarkan semasa saya dan rombongan mengerjakan Haji baru-baru ini,telah dirakam semasa di Padang Arafah,dengan menggunakan iPhone,sebelum diedarkan kepada media tempatan.

Saudara dan Saudari,

  1. Berkalam tentang kecanggihan sebegini, demikian kita menyaksikan saat-saat akhir SaddamHussein ditali gantung, serta juga nasib yang menimpa MuammarGaddafi. Perubahan yang berlaku di Tunisia,Mesir,Libya dan Yemen serta protes di Syria seperti kita lihat,adalah juga, genesis kepada medium media sosial. Kita dapati, walaupun pemerintah negara-negara berkenaan cuba untuk membuat putaran cerita, namun dengan hanya telefon pintar, jalurlebar danYouTube, mampu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, di negara-negara tersebut.
  1. Berpacu dari sini, kerajaan, melalui SKMM telah mewujudkan lebih kurang 560 pusatjalurlebar masyarakat, iaitu hampir satu di setiap mukim di negara ini. Kita mantapkan lagi usaha penubuhan lebih 1300 kampung tanpa wayar di merata negara, agar, rakyat keseluruhan,berkemampuan melayari internet manakala 1700 lagi masih dalam proses.
  1. Malaysia sekarang sudah terletak antara tangga teratas di kalangan negara Asean dari segi kemampuan ICTnya. Kita juga mempunyai 17.5 juta pengguna Internet, dan menurut kajian, orang Malaysialah, yang paling ramai mempunyai rakan Facebook, yakni, secara puratanya, 234 bagi setiap seorang.

Saudara dan Saudari,

  1. Begitu jugabermula tahun 90an,bagi menangani perasaan tidak puas hati terhadap akses pendidikan tinggi, maka, bermula tahun 1995, kerajaan telah mengorak langkah untuk meliberalkan sektor pengajian tinggi tempatan.
  1. Kesannya, dari hanya 9 buah universiti awam, hari ini telah bertambah menjadi 20.Disamping itu, 25 universiti, 22 kolej universiti danlebih 400 kolej swasta serta5 kampus tempatan universiti asing kini telah wujud.

Saudara dan Saudari sekalian,

  1. Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah,telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.
  1. Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu.
  1. Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal,UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supayaparti kita difahami.
  1. Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun.

Saudara dan Saudari,

  1. UMNO sentiasa mendengar suara dan menghargai peranan serta sumbangan orang muda. Kita mengiktiraf mereka bukan sahaja apabila menghadapi pilihan raya, sebaliknya pada setiap masa dan ketika.
  1. Dalam sejarahnya, UMNO adalah parti politik pertama di negara ini, yang mempunyai sayap untuk orang muda, lelaki, wanita dan diikuti dengan sayap puteri. Bagi meningkatkan peranannya, dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang terbaru, kita telah menambah jumlah perwakilan di peringkat Bahagian dan Perhimpunan ini. Malah, jumlah mereka juga ditokok dalam proses memilih pucuk pimpinan parti.

PENUTUP

Saudara dan Saudari,

  1. Kejayaan membentuk wajah Malaysia seperti yang ada, telah menghadapkan kita dengan cabaran terbesar kepada survival parti dan Barisan Nasional itu sendiri. Sama ada kita akan kekal sebagai parti yang dipercayai rakyat dan mendapat mandat bagi terus menjadi kerajaan, bergantung kepada kesedaran, kefahaman dan tindakan kita selanjutnya.
  1. Sepanjang ucapan saya tadi, dirakamkan kronologi 10 detik yang telah menjadi “gamechanger” kepada UMNO menyusuri sejarah parti.
  1. Sehubungan itu, suka saya simpulkan, 5 kekuatan teras, yang membolehkan kita menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, samada bersifat dalaman, mahupun luaran. Pertamanya ialah, keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.
  1. Kedua, pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang,samada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.
  1. Ketiganya, UMNO sentiasa mengulungi idea atau “supremacyofideas” dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.
  1. Keempat,UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksanamengutamakan kebajikan rakyat.
  1. Kelimanya, kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji. Pucuk pangkalnya, kita bukan seperti sesetengah pihak yang hanya menjadi tukang karut.

Saudara dan Saudari,

  1. Oleh sebab itulah, apabila saya mengambilalih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan tiga puluh bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.
  1. Dalam parti,mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “theproofofthepudding is in theeating”.
  1. Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, Parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasapulakdari Presiden parti. Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun,langsung tidak demokratik.  Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti?Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.
  1. Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. Lahawlawala…., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknyatidak diundi secara demokratik,tetapi ternyata lebih berkuasa dari Presiden. Sama jugak dengan Parti A.Tambahan lagi Parti A itu, suami, Ketua Umum, isteri, Presiden, anak perempuan sulung, Naib Presiden, Timbalan Presiden pulak…..hrmm…tak payah lah kita cerita.

Saudara dan Saudari,

  1. Menelaah perkara-perkara itu, kita mesti insaf, jika UMNO masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi “gamechanger” atau peneraju cara gaya baru kepada lanskap politik nasional,sertatidak pula mengambil langkah merangka semula “gameplan” yakni gerakan terancang, maka kita namanya menempah tragedi untuk parti.
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan gamechanger ini? Pertamanya ialah realiti baru.Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya? Keduanya,media baru. Mahu tidak mahu,suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini,detik ini, ia mampu menentukankemenangan atau kekalahan.Ia berupayamendatarkan “theplayingfield” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu, tidak setara.Dari yang demikian, orang UMNO wajib mengetahui cara-cara untuk memanfaatkan media baru demi survival parti.
  1. Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, UMNO selaku sebuah parti siasah yang dinamik, tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu, kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini.
  1. Ketiga, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada dikalangan semua segmen pengundi, bagi menarik sokongan mereka. UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.

Saudara dan Saudari,

  1. Selama hampir enam dekad, UMNO telah menjadi parti teras yang menonggak kejayaan. Selama ini, rekod-rekod membuktikan bahawa, kita tidak pernah mendominasi atau sekalipun berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.
  1. Jauh sekali dari kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijma’ dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi, Parti B kata, tidak sekali-kali, langkah mayat mereka dulu, Parti C pulak kata “kita tukar jadi negara kebajikan”. Pening dan keliru rakyat dibuatnya.
  1. Berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, kita mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen. Kerjasama kita bersifat pragmatik, realistik dan ikhlas. Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional.Kita saling percaya mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuatkan kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini.

Saudara dan Saudari,

  1. Sebagai gamechanger yang kesebelas, kita mulakan dengan Program Transformasi Kerajaan bagi membaiki penyampaian sektor awam.Seterusnya, Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi sebagai peta halatuju pusingan akhir ke arah wawasan negara maju berpendapatan tinggi.Kemudiannya, Program Transformasi Politik bagi menyeimbangkan antara Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu.
  1. Program Transformasi Luar Bandar dilancar, bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan pedalaman, serta, Program Transformasi Sosial yang berpandukan falsafah pemandu 1Malaysia. Kita lanjutkan pula dengan inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu 1Malaysia dan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PRIMA.

Saudara dan Saudari,

  1. Sebetulnya, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua, bukan dibina dalam masa yang singkat.Ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah orang asli dan orang Siam.Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demikehidupan lebih baik untuk kita.Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita.
  1. Ingatlah….., ingatlah bahawa, semua ini dimungkinkan oleh kita orang-orang UMNO, sebuah parti yang amat berjasa kepada kita semua, bukan sahaja anak-anak Melayu tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya. Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, pabila hari ini, UMNO,parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendakdipadamterusdari helaian sejarah.
  1. Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa,UMNO langsungtiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang menguburMalayanUnion?Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman?Kalau bukan parti bertuah ini.

Saudara dan Saudari,

  1. Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air dikali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?
  1. Ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung. Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200 ribu orang guru?Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.
  1. Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkantidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?

Saudara dan Saudari,

  1. Inilah nasib yang akan melanda, jika UMNO sudah hilang kuasa. Siapa yang akan membela syiar Islam? Siapa yang mampu membela hak umat dan agenda orang Melayu? Siapa pula yangdapat terus memuliakan Raja-Rajakita? Tepuklah dada, tanyalah jawapan.

Saudara dan Saudari,

  1. 500 tahun yang lalu, jatuhlah empayar Melaka. Ia jatuh bukan kerana Melayu kurang hulubalang atau kependekarannya, ia rebah bukan kerana kemiskinan atau kefakiran, ia tersungkur menyembah bumi kerana terlerainya perpaduan dan berlakunya pengkhianatan.
  1. Begitu juga nasib tamadun-tamadun besar di dunia yang hancur, mereput dan runtuh. China, terhina akibat siri perang candu, Empayar Rom, dirobek perpecahan dari dalam dan Khilafah Othmanniyah, punah dek kerana kehalusan strategi pecah belah dan perintah. Bertolak dari situ, marilah kita jadikan kisah-kisah ini sebagai teladan dan sempadan. Jangan sekali-kali kita terperangkap olehnya.

Saudara dan Saudari,

  1. Akhir kalam, selaku Presiden UMNO, saya bersyukur kerana mempunyai Timbalan Presiden yang setia, barisan Naib Presiden yang taat, Pergerakan Wanita yang tidak jemu-jemu mendokong perjuangan parti, ketumbukan Pemuda yang lantang dan berani, para Puteri yang cekal dan bersemangat, Majlis Tertinggi yang sentiasa bersiaga, khususnya, orang-orang UMNO sekalian, yang menunggu-nunggu panggilan bertempur.
  1. Ayuh,rapatkan saf,nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita.Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti.

Mudah-mudahan Allah memberkati. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

WabillahitaufikWalhidayahWassalamualaikumWarahmatullahiWabarakatuh. Terima kasih.

Share

GEMPAR : Kenapa Program Dato Saiffuddin di BATAL di MINIT TERAKHIR ???


dengar Live Update dari UIA -

Kenapa program dato saifuddin di UIA di batalkan di minit terakhir .? at Universiti islam antarbangsa ,gombak by uzaidi


Share

Coming Soon – Konvensyen MEDIA SOSIAL Terbesar di Malaysia

Salam ..Kami ingin menjemput kawan kawanke Konvensyen Media Sosial yang terbesar di Malaysia .. dimana ? bila?? dengar podcast ini

Konvensyen Media Sosial 1malaysia at Pwtc by uzaidi

Share

MAYC semakin aktif dalam PERJUANGAN GLOBAL

Sukarelawan sukarelewan MAYC sudah selamat kembali dari negara Jepun .. TAHNIAH MAYC !

Share

Deviance In Good Governance Practice

Editor – Isu mengenai FELDA dan KPF menjadi panas apabila saya memuatkan kisah itu di blog ini,walaubagaimana seperti yang saya janjikan bahawa BLOG ini akan memberi fair reporting.

Dear Friend,

Having watched the entire program of Soal Jawab on TV3 last week,I couldn’t agree more with Tan Sri Isa’s view on the leadership aspiration to take Felda into greater heights through the formation of Felda Global Ventures Sdn Bhd. The mention of PM’s name several times in the interview indicate escapade of some form to the problem in the execution of the grand plan. In my view Tan Sri Isa failed to address the question posed by Datuk Ahmad Talib on his appointment to the chairmanship of KPF Bhd’s board. Its not as though he was directed to take over the chair but what I fail to understand was Tan Sri’s ignorance of corporate laws regarding board appointments and the difference between entities under the companies Act and the those under the Akta Koperasi. In this context board member of Felda and KPF are equally answerable to the validity of Tan Sri appointment as chairman of KPF.
The public wish to know the truth and not just blaming it as his political foes. How I wish the wisdom of a former Menteri Besar and a former Federal Minister being portrayed through his leadership of this important organisation instead of “singing the song to the old tune”. There is no “evergreens” in corporate leadership! Ask Dato Tony Fernandez if I’m wholly wronged.

(Note: I’m inspired to write this at 4 a.m!)

Share

Lepas Klinik 1Malaysia dan Kedai 1Malaysia , Sekarang RUMAH 1MALAYSIA

WOW !! Super WOW !! Selepas Klinik 1Malaysia dan Kedai 1Malaysia, sekarang pulak RUMAH 1MALAYSIA dan ia amat murah beb!!!! .. tapi tak banyak.. kena cabut undi ..macam cabutan undi bertuah….

Semua 7,113 borang permohonan bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan menjalani proses ketat untuk memastikan pemohon yang berjaya adalah mereka yang benar-benar layak, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Katanya, unit itu akan memproses semua permohonan dengan dipantau oleh perunding juruaudit bertauliah iaitu KPMG Business Advisory Sdn. Bhd. (KPMG).

“Ia bagi memastikan tiada sikap pilih kasih, pemilihan adil dan telus dijalankan supaya mereka yang layak sahaja dipertimbangkan untuk memiliki rumah tersebut,” katanya pada satu taklimat khas untuk media berhubung perkembangan terkini mengenai proses permohonan tersebut.

Dalam taklimat itu, pihak media menyaksikan bagaimana semua nombor pemohon diletakkan di dalam peti khas yang kemudian dikunci sebelum diletakkan di bilik kebal.

Katanya, peti tersebut hanya akan dibuka pada majlis pengundian pada Sabtu ini yang akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini.

Abdul Mutalib memberitahu, semua nombor permohonan akan disemak dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu warna biru untuk pemohon yang belum mempunyai rumah dan ia berjumlah 5,943 orang manakala warna merah jambu bagi pemohon yang sudah memiliki sebuah rumah iaitu berjumlah 1,170 orang.

Program fasa pertama PR1MA ini memperuntukkan 560 unit rumah.

“Undian akan dibuat sebanyak dua kali iaitu (untuk menentukan) 560 permohonan yang akan diletakkan di bawah senarai pertama dan (untuk menentukan) 560 lagi di bawah senarai simpanan.

“Sekiranya dalam proses tapisan didapati ada maklumat-maklumat yang diberikan tidak benar maka permohonan dianggap tidak berjaya dan akan digantikan dengan pemohon yang berada dalam senarai simpanan,” jelasnya.

Rumah mampu milik di bawah program itu berharga antara RM120,000 hingga RM150,000 dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. di Presint 11 di sini.

Pendaftaran permohonan dibuat dalam talian di www.pmo.gov.my serta di beberapa lokasi di Putrajaya, permohonan dibuka pada 30 September lepas dan ditutup pada tengah malam semalam.

Syarat kelayakan warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, bekerja atau bermastautin di Putrajaya, pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya dan pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri).

Jom kita dengar apa Tuan Rumah Putrajaya cakap dalam video ini

See you on Saturday

Share

Video Ekslusif : Jawapan Tan Sri Isa “kenapa saya jadi PENGERUSI KPF Felda?”

Di blog blog dan media baru terutama kepunyaan parti pembangkang , berbagai bagai spekulasi mengenai status pimpinan atau pengerusi KPF ..

Baru baru ini , di Konvensyen GAPROF di Melaka; YB Tan Sri Mohd Isa memberi ucapan dan ulasan mengenai lantikan beliau di KPF.

Layaaan video ini dan beri pandangan anda ..

Share

PODCAST PANAS : Siapa WINNABLE CANDIDATE untuk PRU 13 ???

PM hendak kan Winnable Candidate  untuk PRU 13 … siapa yang anda rasa layak untuk menjadi Winnable Candidate??? .. siapa yang anda rasa calon yang boleh memenuhi kehendak rakyat dan kerajaan ???

PODCAST PANAS akan melontarkan calon calon yang diterima oleh kawan kawan di media baru … jika anda ada mempunyai calon yang tersendiri , sila email pada kami di uzaidiudanis@gmail.com

Berikut adalah preview PODCAST PANAS series WINNABLE CANDIDATE  yang akan di siarkan setiap hari RABU .

Share

Geng Teh Tarik KAHWIN dengan Tergesa Gesa ????

Shhhhh!!!!…. siapa yang kahwin beb???? kenapa tergesa gesa ???

Share

UNISEL: BETUL KE BONUS STAFF KENA TAHAN?

Apa lagi nie…..dekat nak raya pun dah jadi hal??  Khabar angin yang bertiup dari Bestari Jaya katanya duit bonus raya segelintir staff (separuh bulan) dah kena tahan hanya di sebabkan mereka LIKE PAGE MENYOKONG DATO ROSTI BEKAS V.C DI FACEBOOK. Adoiii! malunya bila dengar cerita ini, para akademik dari Universiti lain pun hanya ketawa  dan ada yang komen “macam perangai budak budak nak balas dendam”

Untuk menambahkan perisa lagi ,rakan rakan staff yang lain ada yang dah dapat (siap shopping lagi) Apakah ini pilih kasih atau nak balas DENDAM ?  Ada yang berkata, andainya mereka inginkan wang bonus raya itu,mereka perlu berjumpa sendiri dengan pemangku VC ,merayu serta menjelaskan mengapa mereka menyokong facebook page terbabit….he he he!

Kami nie cuma nak bertanya..APAKAH kesalahan mereka? kiranya betul, Bagaimana siasatan dan bukti yang di kemukakan? Yang paling penting adakah mereka mendapat sebarang notis mengenai perkara ini?(surat tunjuk sebab etc)

Sempena bulan baik ini, kita harap kepimpinan Unisel sekarang yang di terajui oleh Ybhg  Prof Dr Anuar,dapat bertolak ansur ,bersikap professional dan melupakan sengketa atau permasalahan yang lalu. Kembalikanlah HAK mereka. Kesian bila dapat tahu ada yang berlinang airmata bila dapat tahu Bonus Raya mereka di tahan.(46 orang kan?). 

PERIHATIN..


Share

Video Panas : S.O.S – Apa dah jadi kat UNISEL (UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR) ???

Help… Calling all intellectuals, academicians,and others who are concern about our National Education!

According to grapevine,the VC is stepping down and a few other senior administrator and academician will soon lose their job due to the interference by “INVISIBLE HANDS”

We need your value comments and input regarding the current situation in UNISEL.


Share

Soal Jawab mengenai FELDA sempena hari Peneroka ke 55.

Benarkah FELDA telah menubuhkan MRSMF?

Maktab Rendah Sains Mara FELDA(MRSMF) di wujudkan pada tahun 2007 dengan kerjasama Mara bertujuan meningkatkan taraf pendidikan generasi pelajar Felda. Sbuah bangunan di bina di Trolak dengankos RM123 juta yang boleh menempatkan seramai 1,050 pelajar. Matlamat jangka masa panjang FELDA ialah melahirkan generasi cerdik pandai dan mampu melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Kemudahan yang di sediakan di MRSMF adalah yang termoden meliputi infrastruktur yang lengkap. Penubuhan MRSMF adalah komitmen FELDA dalam memartabatkan generasi baru FELDA dalam bidang pendidikan dan menyediakan kemudahan yang kondusif kepada pelajar.

Berapakah Kos yang di taja oleh FELDA bagi pelajar ke luar negara?

Kos yang di tanggung oleh FELDA adalah bergantung kepada jenis pengajian yang diikuti pelajar. Kos ini adalah meliputi yuran pengajian, elaun pelajar,fee dan lain lain yang di kenakan oleh Universiti.Sesetengah bidang pengajian seperti kejuruteraan dan perubatan menelan belanja hingga RM950,000 setiap pelajar.

Apa peranan FELDA di dalam program Latihan Kemahiran?

Program latihan kemahiran bertujuan melatih generasi baru dalam pelbagai bidang latihan kemahiran dengan harapan generasi baru peneroka mendapat peluang pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan latihan. Program ini juga memberi peluang kedua kepada generasi baru FELDA lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Apakah Jenis Latihan yang di sediakan?

Terdapat 3 peringkat latihan di sediakan FELDA iaitu peringkat Sijil Kemahiran Malaysia(SKM),Peringkat Diploma dan peringkat professional dan profil tinggi. Bagi kursus peringkat sijil,pelbagai bidang kursus di tawarkan seperti juruteknik sistem komputer,Teknologi pembungkusan dan penjenamaan,Automatif,Kejuruteraan Elektrik,Kejuruteraan Mekanikal, Penyediaan Makanan dan kulinari, penyedian pastri/bakeri,pramusaji,pembantu attendant bilik,pembuat pakaian wanita dan lelaki dan dandanan rambut dan lain lain.Manakala kursus peringkat Diploma, bidang kursus yang di awarkan ialah seperti kejururawatan, akaun,pengurusan, Marine Engineering,dan Nautical Studies,pelbagai bidang kreatif dan inovatif, keusahawanan,Pengurusan ladang, mekanikal, automatif, Elektrik dan Mekanikal Gas. Bagi Kursus berprofil Tinggi, FELDA melaksanakan program ini dengan kerjasama Malaysia Airlines System atau MAS dalam bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineer(LAME), Trainee Junior Technician(TJT) dan Kadet Pilot.

Share

BERUK DAN TUAN BERUK (RAKYAT DAN KERAJAAN)

AL KISAH……

Beruk nie memang terkenal dengan perangai nakalnya..tak boleh duduk diam,namun Tuan nya(kerajaan) tetap sayangkannya di sebabkan nak suruh panjat pokok ambil kelapa. Bawak beruk jalan naik motor 1st class dok di raga depan. Satu hari, beruk nie memulas throttle minyak ketika motor sedang berjalan….akibatnya mereka pun accident langgar kereta. Di sebabkan itu, Tuan Beruk cedera parah dan terima beberapa jahitan manakala beruk tiada langsung kecederaan.

Beberapa hari kemudian selepas Tuannya keluar hospital, sayang punya pasai, Tuan nya masih bawak lagi beruk nie jalan-jalan, cuma this time dok di belakang la.Oleh sebab perangai semulajadi beruk nie yg nakal ,kali nie Si beruk memusing helmet dan menutup muka tuannya. Tuan Beruk tak nampak jalan dan motor hilang kawalan maka sekali lagi mereka accident dan kali ini tuannya MATI!

Semenjak daripada hari itu BERUK a.k.a RAKYAT dah di hantar ke zoo dan tak dpt lagi panjat pokok kelapa atau merempit dengan tuannya malahan di kurung dalam kandang sampai MATI. MORAL OF THE STORY- Kerajaan sayangkan rakyat walaupun beberapa kali di sabotaj semasa pilihanraya, namun masih di beri keistimewaan. Tetapi apabila tumbangnya sebuah kerajaan yang perihatin maka MERANA LAH rakyat dan ketika itu menanggis airmata darah pun tidak dapat mengembalikan Tuan(Kerajaan)yang lama.Maka hiduplah dalam jajahan wahai kawanku. Pilihlah sewajarnya semasa PRU 13 nanti. BN SEMESTINYA..

                 

Share

Mengapa Peneroka Felda tersenyum?

Manis bak gula MSM, senyuman ahli Koperasi Permodalan Felda(KPF) bila Dato Dzulkifli Abd Wahab selaku Pengarah Besar Felda merangkap Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) mengumumkan dividen tahunan sebanyak 15% (termasuk bonus)

Lebih mengembirakan lagi ialah modal syer anggota terus meningkat kepada RM 1.64 Bilion (2009: 1.46 Bilion) Modal syer yang di miliki oleh Kumpulan Peneroka berjumlah RM 1.18 Bilion merupakan 71.83% daripada keseluruhan modal syer denga  purata pemilikan sebanyak RM 10,000 sekeluarga.

Portfolio pelaburan KPF  juga telah mencecah kepada  RM2.26 bilion dengan teras utama pelaburan KPF masih dalam pemilikan ekuiti 15 buah Syarikat Kumpulan KPF/FELDA. Ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 12.94%. Tahniah FELDA.

ADA LAGI……1)mengikut laporan,pelaburan dalam sektor hartanah bernilai RM240.08 juta melalui pajakan bangunan Hotel Dar Um Hane di Mekah,Arab Saudi telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.92%. 2) Ruang pejabat dan ruang perniagaan di Solaris Dutamas telah di jual dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 4.45 JUTA. 3) Bangunan Korporat Southgate yang bernilai Rm226 juta di Jalan Sg Besi sudah siap pembinaanya Mei lalu.4) Lot -lot tanah di Bandar Baru Bangi yang dirancang untuk di dirikan sebuah kompleks yang akan menempatkan sebuah hotel, Service Apartment dan Garden Restaurant akan dijangka siap pada Julai 2013 dan di sasar akan memberi pulangan minimum 8% setahun.

Mesyuarat sehingga petang ini berlangsung dengan baik dan penghargaan harus di berikan kepada Dato Dzulkifli Abd Wahab yang menjadi mempengerusikan majlis ini dengan suasana kekeluargaan tanpa sebarang konflik besar. Diharapkan Koperasi Permodalan Felda(KPF) akan menjadi koperasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa seperti yang di hasratkan oleh YB Tan Sri Dato Hj Mohd Isa bin Dato Hj Abdul Samad,semasa ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 30 ini.

TAHNIAH ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) .. Tahniah Felda !

Share

PENYENARAIAN MSM MALAYSIA HOLDINGS BHD….SIAPA YANG UNTUNG?

 

MSM Malaysia Holdings Berhad’s IPO is now available until 5:00PM, 13 June 2011. It will be listed on Main Market of Bursa Malaysia on 28 June 2011. Details as follows:

•MSM Malaysia Holdings Berhad, Unit Price = RM3.38

Business Overview

MSM Malaysia Holdings Berhad is the leading sugar producer in Malaysia, involved primarily in the production, merketing and sale of the refined sugar products, with and annual production capacity of over 1.1 million mt of refined sugar. In 2010, The company produced a total of approximately 945,000 mt of refined sugar products, accounting for approximately 57% of total sugar production in Malaysia.The company is also part of the Felda Group, which is affiliated with the Malaysia government and is one of the largest agro-based businesses in Malaysia

(Editor: Kita tunggu 28 June ini,khabarnya owner lama akan mencuba habis habisan untuk mendapatkan kembali ekuiti mereka.betul ke? Pastinya saham ini akan oversubscribed dan premiumnya melebihi Rm1.Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada KPF Koperasi Peneroka Felda..pastinya dividen kali ini lebih tinggi kan?)

Share

Penjelasan Mengenai Kenaikan Tarif Elektrik dan Bagaimana Kita Berjimat

Share

USAHAWAN FELDA AGRESIF BETUL !!

Banyak Felda menolong usahawan usahawan dari kalangan peneroka peneroka Felda…

Simposium dan Ekspo Usahawan Felda (SIMEX) 2011 diadakan sekali lagi pada tahun ini bermula April hingga Mei 2011. Tema SIMEX 2011 ialah Menjejak Keberkatan Dalam Perniagaan dengan objektif mendekatkan para usahawan kepada jalan atau corak perniagaan yang diredhai dalam mencapai keberkatan dan kecemerlangan.

Seperti tahun sebelumnya SIMEX 2011 akan dianjurkan dan diuruskan oleh setiap wilayah dengan aktiviti seminar dan pameran/jualan serta aktiviti-aktiviti yang menarik.

Share

Calon wakil rakyat dari kalangan Orang Seni ?

Apa Kata Dato AC MIZAL?

Merupakan suatu penghargaan  kepada Warga Seni.  Setiap pengiat seni mempunyai sekurang-kurangnya satu nilai atau matlamat perjuangan dalam mereka berkarya. Jika di beri ruang dan peluang yang sewajarnya,mereka(orang Seni) pasti mampu melaksanakannya. Jangan lupa sepanjang mereka bergiat atau berkarya adalah semata mata untuk menghibur atau memberi pengajaran kepada Masyarakat (rakyat)

Apa kata Along Kamarudin

Sebagai Pengarah/Pelakon muda yang sangat berbakat ini, beliau tidak berapa arif tentang politik. Sepanjang perbualan beliau banyak berkongsi tentang ilmu ilmu pengarahan filem serta skrip. Bagi memulakan perbualan saya bertanya satu soalan “Mengapa sesetengah pelawak ,kelihatan sangat serius apabila mereka tidak di set pengambaran”?. Beliau menjawab bahawa sebenar benar lawak ialah apabila pelakon itu di letakkan dalam satu situasi baru dan lawaknya(bakatnya) akan terhasil. Maka dengan itu saya spin soalan semula.” Apa pendapat saudara apabila Orang Seni(pelakon)  di calonkan sebagai Wakil Rakyat? Dalam nada yakin beliau bersetuju dan percaya Anak Seni mampu serta mereka punyai semangat juang yang tidak mudah luntur…..

Share

Kenali Pengundi MUDA yang MEMANGKAH di DINDING

Kuala Lumpur,15 Mei 2011,Mengapa pengundi-pengundi muda ini mengamuk di sekitar Wangsa Maju? Apakah mereka marah atau ingin menunjukkan protes terhadap mana mana parti Politik? Persoalan ini terjawab apabila krew TTYB menemui mereka pada malam 15hb May lepas di sekitar Wangsa Maju.

Al kisahnya, kumpulan anak muda yang professional ini sebenarnya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warga muda yang perihatin dengan unsur kesenian yang kian pudar di Ibukota ini,dengan secara berkongsi wang poket telah membeli peralatan seperti spray warna dan secara gotong royong bersama rakan rakan mereka yang turut hadir dari Singapura dan Belgium telah mengilhamkan satu lukisan sepanjang tembok seni di perkarangan Wangsa Maju.Secara berseloroh BONE selaku ketua kumpulan berkata” Banyak dah kami conteng bang,Sg Kelang dan  lain lain lagi”

Sayang sekali bakat bakat seperti ini tidak di sedari pihak tertentu,andainya di beri ruang dan peluang, saya rasa KL akan berubah wajah…Greater KL kan! Mengakhiri perbualan,krew TTYB menawarkan diri utk membantu usaha mereka. Permintaan mereka ialah untuk berjumpa dengan Menteri atau mana mana ahli politik yang mampu membantu kegiatan seni anak muda di KL…

(Editor: Dear Bone and the gang…considered DONE! Kita akan aturkan Teh Tarik Session nanti…..)

Share

VIDEO PANAS :AWIE WINGS MASUK UMNO ATAU PKR ??

Jom kita tengok video ini untuk mengetahui jawapan ….

Share

Apa Perbezaan antara PELABURAN dan PELABUHAN ?


Hari ini , kita tinjau blog bekas pemimpin MCA dan ahli parlimen Pandan.


Mengikut blog YB Ong Tee Keat , beliau membentangkan soalan kepada Kementerian Kewangan  mengenai PELABURAN di PULAU PINANG …

…TAPI ..kenapa jawapan dari Kementerian Kewangan menyebut “PELABUHAN” …???

..adakah YB Dato Sri Ong Tee Keat bermaksud PELABURAN atau PELABUHAN di PULAU PINANG sebab  dua dua topik pun hangat !!! ..

BAHASA MALAYSIA adalah amat PENTING untuk sesiapa yang ingin menjadi PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA.. ia adalah platform komunikasi yang amat asas ayang boleh difahami oleh semua kaum di Malaysia..

Apa kata kalau gerakan “TEH TARIK BERSAMA YB” menganjurkan “PERTANDINGAN YB YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA MALAYSIA”

Berbalik kepada topik diatas, siapa tahu perbezaan antara PELABURAN dan PELABUHAN ?..adik adik??

Share

Kenapa 40,000 RAKYAT ASING di FELDA ???

Ramai nya ??? Betul ke ???

Pengerusi Felda , Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kira-kira 40,000 pekerja asing bekerja di ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara berikutan tenaga kerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan

Beliau berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang bekerja di ladang Felda dengan 29,000 orang daripadanya adalah tenaga kerja dari Indonesia, 10,000 dari Bangladesh dan selebihnya lain-lain bangsa.

“Felda terpaksa menggunakan tenaga kerja asing terutama dari Indonesia kerana anak tempatan tidak berminat untuk berkerja di ladang milik Felda, malah Felda mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Indonesia untuk membekal tenaga kerja mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja Kumpulan Felda Peringkat Nasional di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak di Jerantut, malam tadi.

Bagaimanapun, katanya bagi kilang-kilang miliknya, Felda tidak berdepan dengan masalah itu berikutan penggunaan teknologi moden yang diuruskan 100 peratus oleh anak tempatan.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Felda sentiasa memastikan kebajikan pekerja asing, malah mereka disediakan kemudahan tempat tinggal dan menerima gaji yang lumayan.

“Kebanyakan pekerja asing tersebut menerima gaji antara RM800 dan RM1,200 sebulan bergantung kepada tahap kecekapan masing-masing dan Felda sentiasa mengiktiraf pekerja Felda sama ada pekerja tempatan atau asing jika menunjukkan prestasi yang baik,” katanya.

Artikel diatas diambil dari BERNAMA

Share

GEMPAR !! 1,000 Peneroka berkumpul di Ibupejabat FELDA ???

Apa dah jadi ????
Seramai 1,000 peneroka telah berkumpul di Ibu Pejabat FELDA semalam ?? Apa yang mereka tak puas hati ???…

Ooohhhhh rupanya , Felda telah menganjurkan Seminar Pemimpin Peneroka dari 27hb -28h April 2011 di Dewan Perdana Felda dan di hadiri oleh 1,000 pemimpin peneroka di seluruh Felda (termasuk dari Sabah) yang terdiri daripada Ketua Peneroka, Ketua Penerokawati, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Rancangan (JKKK) , setiausaha dan bendahari JKKR dan Gerakan Pekerja Wanita (GPW)

  • Seminar ini bertujuan untuk mengadaptasikan dan menerapkan kepimpinan peneroka yang efektif dikalangan peneroka untuk turut mentadbir, mencorak, menggembleng buah fikiran serta mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti warga peneroka.

  • Kemuncak seminar ini adalah penyampaian Anugerah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) Terbaik dan Anugerah Bapa Mithali FELDA 2011.

  • Pembentangan kertas kerja bagi seminar ini adalah sinonim dengan pembangunan komuniti warga peneroka dari segi aspek kesihatan, keselamatan, konsep kesyukuran dan kepimpinan.
  • Antara kertas kerja yang dibentangkan adalah dari Y.Bhg Dato’ Dzulkifli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda; Y.Bhg Dato’ Dr Ismail Thamby,Pakar Sakit Puan di Damai Service Hospital; Y.Bhg Professor Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussin, Kolej Islam Darul Ridzuan; YDH SAC Datuk Rosli Abbas, Ketua Cawangan Khas PDRM Pulau Pinang dan Tan Sri Datuk Ibrahim Abu Shah ; Mantan Naib Cancelor UiTM.


  • Seminar ini di tutup dengan rasmi oleh Timbalan Menteri di Perdana Menteri , Dato Hj Ahmad Maslan.

Dato Ahmad Maslan sentiasa doa yang terbaik untuk peneroka felda

  • Apabila bertanya dengan peserta peserta seminar , rata rata semua peserta amat berpuas hati dengan perjalanan dan pengisian seminar ini disampin menjalinkan “networking” sesama sendiri.

  • Diakhir seminar , Dato Dzulkifli Wahab dikejutkan dengan SURPISE BIRTHDAY kek … berapa umur Dato ??? hehe… HAPPY BIRTHDAY Dato..

PS:Harap maklum, gambar yang mula mula diatas itu (gambar first tu ) tak ada kena mengena dengan perhimpunan peneroka felda di ibupejabat felda baru baru ini  samada yang hidup atau yang mati …oooops..

Share

PROGRAM PILOT FELDA oleh YAYASAN FELDA


Yayasan Felda selalu memikirkan program program yang kreatif dan mempunya nilai tambahan untuk kegunaan anak anak peneroka Felda .. Baru baru ini , Yayasan Felda menganjurkan PROGRAM PILOT FELDA di mana generasi baru Felda boleh belajar bagaimana ingin belajar bagaimana menerbangkan pesawat secara simulasi  . ..mungkin tak lama lagi Insyallah , Felda boleh mempunyai Syarikat Penerbangan yang sendiri .. SYABAS YAYASAN FELDA

Share

SYABAS FELDA kerana IPO MSM Holdings di BURSA SAHAM – MAZLAN ALIMAN tergigit jari sampai PUTUS ???

Agaknya siapa kata FELDA BANKRAP ,mesti dia  tergigit jari .
…..Lan ,oh Lan …abang Mazlan Aliman oiiii  …jangan gigit kuat kuat ..nanti susah kalau terputus pulak jari hantu ..kalau putus , susah nak guna jari tu untuk tuduh sana dan tuduh sini ..hehe…

Anyway , berbalik kepada IPO untuk MSM Holdings, Kami mengucapkan SYABAS kepada pihak FELDA kerana memulakan rancangan untuk menerbitkan saham saham FELDA  dengan menerbitkan saham MSM Holdings dulu.

Mengikut analisis pakar saham , IPO untuk MSM Holdings ini mungkin IPO YANG TERBESAR di MALAYSIA pada tahun ini. Di jangka akan menarik Rm 1 bilion pembelian saham..

Insyallah .. kalau ini berjaya , syarikat dibawah naungan FELDA dan semua peneroka peneroka Felda yang seramai 112,635 orang akan mendapat MANFAAT yang banyak sekali…

Untuk pengetahuan kita semua , MSM Holdings adalah pengeluar gula yang utama di Malaysia ( WOW !!! tak tahu FELDA pun no 1 dalam pengeluaran gula negara)

MSM Holdings mempunyai lebih dari 57% pasaran gula di Malaysia …rupanya SUGAR KING baru di MALAYSIA adalah FELDA …

Pada tahun 2010 , MSM Holdings dapat keuntungan yang besar sebanyak Rm 232.9 juta dari penjualan Rm 2.2 billion.. Asset MSM aje dah mencapai sebanyak Rm 1billion

SYABAS FELDA … dan kita nak tengok siapa lagi cakap FELDA BANKRAP ???

Share

Ng Yen Yen -Miri sangat BERTUAH tapi adakah akan bertuah selama 4 tahun lagi ??PRN SARAWAK ELECTION

Menteri Ng Yen Yen berucap di depan beratus ratus pengundi di Miri baru baru ini…. Layan video ini

Share

BLACK SATURDAY – Adakah ini PERMULAAN BAGI SARAWAK ???

Walaupun PKR hanya menang 3 kerusi tetapi , trend  sebegini yang biasa di lihat di semanjung telah menular ke bumi Kenyalang SARAWAK …. tapi adakah ini permulaan ???? TIME WILL TELL … harap harap TIDAK ..

Share

PODCAST : CALON DAP di PUJUT GADOH ?????- PRN SARAWAK ELECTION

Apa dah jadi dengan calon DAP di PUJUT mengamuk tak tentu arah ??? betul ke beliau FRUST pasal geng dia tak datang dan support dia ???

Dengar podcast ini

Share

SIAPA MENANG ???? – LIVE UPDATES SARAWAK ELECTION di LiveFromSarawak.blogspot.com

Siapa MENANG ??? Check out di http://livefromsarawak.blogspot.com

Share

VIDEO PANAS -Apa pasal BARU BIAN n ANWAR IBRAHIM hendak naik kan GAJI hingga 100% ??? PRU SARAWAK ELECTION

Baru Bian nak kan naik kan GAJI sehingga 100% ??? betul ke boleh DELIVER kalau PKR menang ??? Biar betul ???

Jom kita tanya YB Lee Kim Shin

Share

VIDEO -LIVE FROM SARAWAK : Siapa SARAWAK akan pilih ESOK di PRN SARAWAK ELECTION ???

Dalam masa 24 jam , rakyat Sarawak akan memilih siapa kerajaan mereka .. harap mereka akan memilih yang terbaik dan buka yang pandai BERCERAMAH saja dengan janji janji KOSONG ..

Adakah mereka akan pilih Anwar Ibrahim sebaai ketua mereka melalui PKR Baru Bian ?? atau adakah mereka memilih pemimpin tempatan mereka seperti Datuk Pattinggi Dr George Chan???

Share