Skim SBPA -Flip Flop ke Najib ni ??

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan, ramai yang kata PM ni FLIP FLOP ..sama macam PM dulu …


Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

“Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan,” katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

1,000 KOMPLAIN ????

…1,000 komplain secara terbuka dalam 3 bulan adalah banyak …. terutama dari CIVIL GOVT STAFF
PM Najib cakap “Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik,” katanya.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan  beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

“Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini,” katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

….so soalan samada Pm kita ni FLIP FLOP ????? , penulis rasa kita amat ,amat ,amat ,amat bertuah kerana PM kita dengar rintihan rakyat .. Beliau sendiri mendengar keluhan dan aduan orang ramai ..

Mana nak dapat pemimpin macam ni di negara lain ??

Zaman dah berubah , dan sekarang RAKYAT lebih berkuasa dan PM kita pandai buat adjustment dengan berbagai bagai proses TRANSFORMASI termasuk memansuhkan ISA ..

Dalam isu ini , beliau dapat merasakan ramai  govt staff yang tak berpuas hati mengenai SPBA so beliau bertolak ansur sambil membuat adjustment .. kalau ketua negara lain , memang dah bulldoze polisi ini …

Kalau ini lah di katakan “FLIP FLOP” , rakyat amat suka sebab  dengan cara ini , THE GOVERNMENT LISTENS dan ini menunjukan polisi THE GOVERNMENT KNOWS BEST sudah berlapuk ..

Nampaknya PM deliver apa yang beliau janji – TOTAL TRANSFORMATION .. ini lah yang rakyat mau dan ini lah rakyat akan dapat – RAKYAT DI DAHULUKAN

So Syabas Dato Seri PM !! Syabas BN !!

Share

Author Description

No comments yet.

Join the Conversation


− two = 3