Malaysia dah ada “FB” yang tersendiri ??

Semalam kami sempat hadir di pelancaran besar besaran Mface- Media Sosial tempatan yang dianjurkan oleh MBI Group of Companies .

Mface adalah seperti facebook , twitter dan blog dalam satu laman web.  Dengan Mface, pengguna boleh berkongsi informasi , gambar , video dan dokumen pdf.

Apa perbezaan antara Mface dan media sosial yang lain seperti facebook ?

Perbezaan yang ketara adalah Mface menawarkan point sistem dimana anda boleh berkumpul mata bonus setiap kalai anda menggunakan Mface.. emmm… macam familiar aje sistem ni ..

Bagaimanapun , semalam seramai 60 artis tempatan hadir menyatakan sokongan mereka pada projek Mface ini . Antara artis yang hadir adalah Zizan Raja Lawak , Fizz Fairuz, Afdlin Shauki  dan ramai lagi ..

..dan semalam syarikat MBI menawarkan 100,000 unit saham pada artis artis yang hadir semalam.. WAH !!! ni macam nak pi listing aje .. lebih kurang sama dengan FELDA ke ??..best !!!!

tauke Mface dan MBI

Siapa orang kuat MBI atau Mface ni ??? Tak lain dan tak bukan adalah AC MIZAL ..aikk sorry …DATO AC MIZAL (tahniah dapat datokship dari negeri Pahang)

Jom kita dengar ucapan Dato AC MIZAL

Live ucapan AC Mizal sempena perlancaran Mface at Doubletree by Hilton Hotel by TehTarikYB

Bagaimana pun , kami berharap semoga Dato AC Mizal & Team memperoleh kejayaan dalam projek Media Sosial ni…

Bukan senang nak buat macam FB ni .. dah beribu ribu syarikat dari seluruh dunia mencuba tapi tak terhasil .. kalau di tanya saya , saya sentiasa mempunya polisi ” WHY INVENT WHEELS WHEN YOU CAN IMPROVE IT” tapi kami juga berbangga kerana seorang sahabat , seorang ikon artis di Malaysia boleh menerajui syarikat laman media sosial .


Saya percaya dengan adanya sokongan komuniti artis , Mface akan berjaya tetapi dengan syarat , jangan  warm warm chicken shit ..kena konsisten dan berubah mengikut peredaran zaman.. tengok aje Facebook..berapa kali bertukar layout untuk kepuasan pelanggan mereka… so all the best Dato AC Mizal !!


ishhh…macam adik beradik lah

ni konspirasi MAHARAJA LAWAK ke ni ??

Share

Author Description

No comments yet.

Join the Conversation


7 + = nine