DSIS : SANTAI MEMIKAT HADIRIN TTYB

DSIS MENEPATI MASA.

Tepat pukul 8:30 malam YB Dato Seri Ismail Sabri atau lebih di kenali sebagai DSIS tiba di NZ Garden KLCC. Pembantu Khasnya memberitahu kami bahawa DSIS tidak pernah lewat menghadiri mana -mana programnya dan amat menghargai masa. Kami yang menganjur pula yang terasa gementar memandangkan kehadiran yang sungguh memberangsangkan, kami menganggarkan dalam lingkungan 150 namun yang hadir malam itu melangkaui jumlah 400 hadirin. Makanan perlu di tambah! Keadaan masih terkawal, mujurlah ada Uzaidi Udanis(Uu) yang cekap mengawal suasana di samping rakan -rakan admin yang turut membantu . 

DSIS BERATUR MENGAMBIL MAKANAN

Kami mengingatkan pelayan agar membawa hidangan khas ke meja , namun DSIS lebih suka beratur bersama rakan rakan hadirin aktivis Media Baru sambil berborak dan bertanyakan khabar. Keramahan beliau telah mengundang hampir semua yang hadir membawa kamera untuk bergambar sama. Walaupun baru pulang dari Parlimen dan keletihan namun tiada sedikit pun terlihat di wajahnya. “Dashing” kata seorang rakan wanita ttyb yang hadir pada ketika itu.DSIS enjoy makanan pada malam itu walaupun terpaksa berhenti untuk bersalam dengan hadirin yang tiba. Kami admin admin malam itu hanya mampu menelan air liur menunggu majlis selesai untuk makan malam.

DSIS MASUK DI IRINGI MUZIK.

Mujurlah malam itu Jack Dzul hadir untuk memberikan persembahan akustiknya. Beliau memainkan dan mengalunkan lagu -lagu seperti Broery Marantika, dan Kumpulan Eagles bagi menghangati suasana. Aura DSIS semakin terasa apabila beliau menjejakan kaki ke bilik TTYB kami. Semua kerusi telah di penuhi dan ramai di antara hadirin terpaksa berdiri untuk mendengar sessi ini. Masanya sudah tiba..Zamiel Zukie (Zz) memberi cue agar muzik di berhentikan. Emcee tegar kami, Zaidel memulakan celotehnya seperti biasa sambil mencuit hati hadirin.

DSIS “COOL” MENJAWAB SOALAN

Memulakan ucapan, dengan rendah diri serta tutur bahasa yang lembut DSIS memperkenalkan dirinya. Umpama seorang Pendekar Melayu yang mengatur langkah persilatan, satu demi satu buah soalan di patahkan olehnya. Macam -macam soalan yang di tanya, dari Minyak,beras,susu hinggalah ke royalti artis beliau menjawab.Ada satu permintaan dari rakan Teh Tarik YB kami yang mengikuti secara LIVE melalui FB dan LIVE TWEET dari London (Olanz Dionz) agar acara Teh Tarik YB ini membawa DSIS ke sana. DSIS menyatakan keinginannya untuk bersama jika di anjurkan oleh mereka.  soal jawab ini di akhiri oleh satu soalan Cepumas oleh Zaidel. .MENGAPA DSIS SOKONG CHELSEA?

Acara ini turut juga di sokong oleh aktivis -aktivis Media Baru seperti Media Bera,NRC11,1AGENDA,Kelab CheDet, Armand(Suara Anak Muda),UMB,Voice Of Gombak,Warta Rakyat,Wirawati online,Wirawan Wiraweb,1Malaysia TV serta media media cetak yang kami hormati.

Share

Author Description

Admin2

No comments yet.

Join the Conversation


− 3 = two