Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

Dato Mukhriz Dapat Berita Awal?

Dato Mukhriz Dapat Berita Awal?

Sep 24, 2012

Apa berita awal tu? PRU 13 ke? Atau terpilih sebagai calon DUN ke? Apa sekalipun ,itu hanyalah spekulasi dan persepsi sahaja. Sebenarnya YB Dato Mukhriz Mahathir telah berkunjung secara tidak rasmi ke Kilang akhbar NSTP yang terletak di Shah Alam. Beliau turut membawa bersama anak -anaknya untuk berkongsi pengetahuan tentang penerbitan sesebuah akhbar. Saya lihat ramai pegawai -pegawai di NSTP yang terkejut dengan kehadiran beliau yang begitu santai itu. YB di berikan penerangan ringkas mengenai operasi di sana bermula dari proses pertama bahan ,pengolahan warna serta gambar hinggalah ke proses percetakan. YB Dato Mukhriz Tun Mahathir sangat di senangi oleh pekerja -pekerja teknikal di sana yang kemudiannya menjemput beliau untuk makan dan minum bersama-sama di cafe pekerja .YB tidak kekok apabila makan ┬ádan bercerita bersama mereka hinggakan ruangan makan itu mereka namakan “Cafe Dato Mukhriz”

Berbalik kepada kegiatan politik beliau di Parlimen Jerlun Kedah,melalui berita dari blogger-blogger di utara,khabarnya YB Dato Mukhriz mendapat sokongan bukan saja dari parti BN ,tetapi juga dari parti PAS. Alhamdulilah kebajikan yang beliau lakukan tidak mengira lawan atau kawan. Bila di renung, politik ini kitaran sama juga seperti penerbitan akhbar, Perlu kan isi yang baik di bantu oleh Jentera yang sempurna kemudian melalui berbagai bagai proses sebelum “finishing” .Bila masanya sudah tepat maka akan lahirlah naskah -naskah suratkhabar yang akan membawa berita -berita yang baik mahupun buruk. Setiap helaian di baca dengan gembira. Namun apabila hari baru sudah tiba, ianya tidak berguna lagi. Walaupun begitu ada juga ruangan akhbar yang di “framekan” di dinding untuk di hayati sepanjang masa..Semoga YB-YB kita akan menjadi kenangan buat selama-lamanya atas jasa jasa yang di lakukan.

Patut lah Yb Dato dapat berita awal? Keluar mesin terus baca..sure PANAS berita.

Mengikut kata Yb Dato Mukhriz,beliau tak puas baca berita tanpa merasa sendiri helaian serta bau kertas itu..( Klasik special YB ni,memang sesuai jadi MB)

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


6 − = two

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>