Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

Cukai Kereta: Rasionalkah Rafizi?

Cukai Kereta: Rasionalkah Rafizi?

Jul 29, 2012

 

 

 

 DASAR AUTOMATIF KEPADA NEGARA

    1. Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli patut meletak jawatan
memandangkan “pemikiran strategiknya” tidak mengambil kira kepentingan
negara dan rakyat Malaysia pada jangka panjang apabila beliau
menghapuskan cukai kereta yang sekaligus akan menurunkan harga
kenderaan itu.

    2. Kenyataan ini sudah tentulah disambut baik oleh segelintir rakyat
Malaysia yang bernafsu besar untuk memakai kereta-kereta berjenama,
itu sebenarnya maksud tersirat mereka dan tidaklah benar ikhlas untuk
membantu rakyat mengurangkan hutang pinjaman atau kos sara hidup.

    3. Apa pun pelan strategik yang konon-kononnya berwawasan besar ia
tidak membantu orangramai untuk mengurangkan kos hidup sebaliknya
minat orangramai untuk memakai kereta berjenama akan lebih besar dan
ini sudah tentu melebihi keperluan asas mereka.

    4. Strategi bekas Perdana Menteri Tun Seri Dr Mahathir yang dibuat
pada tahun 80an dahulu, gagal difahami oleh anak muda hari ini
seperti Rafizi.

    5. Rafizi gagal melihat kesan “Chain Reaction” melalui dasar yang
diperkenalkan oleh Ybhg Tun Mahathir, hari ini syarikat-syarikat pengeluar
kereta berlumba-luma untuk mendirikan kilang mereka di Malaysia supaya
harga kereta termasuk motor besar menjadi lebih kompetitif.
   
    6. Syarikat pengeluar kereta ini tidak mempunyai jalan lain untuk
mengelakkan cukai kecuali mendirikan kilang di Malaysia supaya kos
dapat dikurangkan dan kereta mereka boleh bersaing dengan keluaran
syarikat tempatan seperti Proton
dan Perodua.

    7. Wujudnya kilang-kilang ini misalnya  Honda di Alor Gajah, Melaka
untuk pemasangan Complete Knock Down beberapa model seperti Honda
City,  Honda Civic, Honda Accord dan Honda CRV memerlukan tenaga
manusia.

    8. Kilang-kilang ini membolehkan ratusan ribu rakyat Malaysia
mendapatkan pekerjaan mereka di sini.

    9. Dasar cukai ini juga perlu untuk melindungi industri kereta
tempatan seperti Proton yang mungkin akan gagal bersaing dengan
kereta-kereta luar jika harga kereta seperti Honda dan Toyota menjadi
jauh lebih murah.

    10.Mungkin Rafizi tidak kisah jika Proton terlingkup kerana
pengkritik Proton terbesar pun datang dari kalangan penyokong PKR dan
DAP yang sentiasa cuba memperlekehkan keupayaan anak-anak bangsa dan
produk negara sendiri.

    11.Rafizi dan penyokongnya tidak boleh melihat Proton sebagai satu
usaha dari kerajaan yang dipimpin oleh seteru politiknya, Umno dan
Barisan Nasional (BN).

    12.Beliau perlu melihat lebih jauh, Proton adalah satu-satunya produk
kejuruteraan dari sebuah negara Islam yang sedang menembusi pasaran
luar yang sedia dikuasai kaum kapitalis dan bukan Islam.

    13. Proton terhasil dari bakat anak-anak Melayu dan mungkin tidak
keterlaluan, ia mewakili iltizam dan semangat masyarakat Asia Tenggara
ini.

    14. Untuk menyatakan bahawa Proton sudah mampu berdiri dengan membuka
saingan kepada kereta bebas cukai atau bercukai rendah adalah sesuatu
yang belum sampai masanya untuk diperkatakan.

    15.Penyokong pembangkang suka menyamakan Proton dengan perkembangan
syarikat kereta dari Korea Selatan seperti Kia dan Hyundai yang
mempunyai sejarah sejak dari perang dunia kedua lagi, cuma
kereta-kereta mereka baru sahaja kelihatan popular di jalan-jalan raya
Malaysia sekitar 15 tahun ini.

    16.Sejarah Proton baru bermula, hanya pada sekitar 20 tahun lepas dan
ia masih dianggap kanak-kanak yang masih bertatih dan perlu
dilindungi.

    17.Apa yang melindungi Proton adalah Dasar Automotif Negara yang
mengenakan cukai import yang tinggi terhadap kereta-kereta buatan
negara dan cukai ini sedikit sebanyak terbeban kepada kereta tempatan
juga.

    18.Keadaan kereta Proton dijual pada harga yang tinggi di dalam
negeri tetapi murah lebih banyak terkait dengan dasar cukai sesebuah
negara.

  19.Kereta Proton dijual murah di United Kingdom tetapi adakah rakyat
negara ini sedar dengan cukai yang lebih tinggi dikenakan ke atas
pendapatan rakyat negara itu dan cukai tinggi ke atas beberapa
perkhidmatan dan produk yang lain.

    20.Sama seperti Malaysia, Jepun yang melahirkan Honda, Toyota, Mazda
turut menjual kereta lebih mahal untuk rakyat negara mereka kerana
selain cukai, mereka mempunyai undang-undang anti monopoli dan
Suruhanjaya Perdagangan yang mengenakan pelbagai peraturan lain
terutama untuk melindungi pasaran kereta tempatan mereka dari
kenderaan import seperti BMW, Audi dan sebagainya dari dunia barat.

    21.Dalam web-web pembangkang, sibuk dikatakan bahawa cukai tarif
kereta yang diperolehi sebagai pendapatan negara hanya pada sekitar
RM500 juta.

    22.Tidaklah diketahui dari mana mereka mendapatkan angka ini
sedangkan wakil kerajaan sudah pun menyatakan bahawa penghapusan cukai
tersebut akan menyebabkan negara rugi RM4.6 bilion setahun.

    23.Rafizi dan penyokong pembangkang dalam kumpulannya tidak ikhlas
membantu rakyat, RM4.6 bilion itu boleh digunakan dalam banyak
perkara.

    24.Rafizi hanya mahu membantu segelintir rakyat yang menjadi pengemar
kereta-kereta import.

    25.Orangramai yang terjebak dalam hutang kereta sebenarnya terdiri
dari mereka yang tidak pandai mengawal kedudukan kewangan sendiri,
jika kereta dijadikan alasan sebagai keperluan asas, gunakanlah Proton
dan jika teringin untuk memakai kereta yang sedikit mewah, jutaan
kereta terpakai boleh dijadikan sandaran.

    26.Cukup-cukuplah Rafizi….

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− 4 = four

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>