AUKU: AKSI BIADAP MAHASISWA

Seorang pemuda menghampiri untuk menumbuk Adam Adli.

Walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tidak bermakna setiap individu itu boleh bertindak melakukan sesuatu mengikut perasaan atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami, BIADAP!!!

Apabila emosi mengalahkan logika dan adab bersosial, mahasiswa bijak pandai yang menjadi harapan Negara boleh juga menghancurkan Negara tanpa mereka sedari.  Ini merupakan antara sebab Akta AUKU ( Akta Universiti dan Kolej Universiti) di adakan suatu masa dahulu. Kita tahu terdapat segelintir pelajar yang benar-benar rasional dalam tindakan berpolitik dan sekiranya kebebasan berpolitik itu diberikan, mereka mampu membawa suara mereka mengikut kaedah yang betul. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah mereka-mereka ini mampu mengawal ahli-ahli dibawah kelolaan mereka daripada melakukan perkara-perkara diluar batas seperti yang berlaku di hadapan bangunan Umno ini ? Menjadi intelek itu tidak berguna sekiranya emosi mereka tidak sama bijaknya. Sebenarnya seorang yang bernama Mahasiswa itu hanyalah bijak dan pandai dari segi teori dan mungkin sedikit pengalaman praktikalnya mengenai bidang yang diambilnya akan tetapi dia masih mentah mengenal dunia sebenar kecuali sekiranya mereka ini disuruh mencari sendiri duit untuk pembiayaan diri dan akademik masing-masing. Apabila ‘sense of survival’ ini wujud dalam diri mereka, maka barulah mereka ini layak untuk di beri kebebasan untuk berpolitik.

Kini, ibarat nasi dah menjadi bubur, perilaku Adam Adli seorang mahasiswa UPSI yang tidak menghormati malah mempermainkan bendera YAB Perdana Menteri kita sememangnya mengundang kemarahan rakyat Malaysia serta Ahli UMNO khasnya. Pastinya selepas ini Adam Adli tidak boleh lagi bebas seperti dahulu, ancaman dan ugutan yang kita dengar kadangkala menakutkan. Baru ini Adam telah di serang secara berhadapan oleh individu tertentu yang sangat marah dengan tindak tanduk ‘bodoh’ Adam di PWTC. Rata-rata orang yang saya temui turut mengatakan kekecewaan mereka dengan insiden yang memalukan itu dan mereka harap tindakan serta hukuman yang keras patut di beri sebagai peringatan kepada mahasiswa-mahasiswa lain.

Bendera merupakan suatu lambang kedaulatan bagi sesebuah Negara, dan bendera Perdana Menteri itu menjadi maruah seorang pemimpin yang wajib kita hormati dan tidak wajar kita permainkan. Di sesetengah Negara,ketika perarakan atau acara membawa bendera di jalankan,sesiapa yang melintas atau memintas perjalanan bendera tersebut akan di tembak pihak tentera. Dalam kes ini, pesan kami pada Adam Adli hanyalah satu:

MINTA MAAF KEPADA YAB PERDANA MENTERI SERTA RAKYAT MALAYSIA.

APA PENDAPAT AFDLIN SHAUKI ?

Share

Author Description

Admin2

There are 5 comments. Add yours

  1. 20th December 2011 | Ina Melissa says: Reply
    Perkara ini amat memalukan kami,bekas bekas pelajar di UPSI. Alumni kami mengutuk hebat tindakan Adam Adli ini dan kami sokong tindakan serta hukuman yang tegas patut di ambil sebagai pengajaran kepada yang lain.
  2. 20th December 2011 | ned mohd says: Reply
    Bukan setakat minta maaf bro, budak hingusan tu harus menaikkan kembali bendera tu dengan penuh hormat!
  3. 20th December 2011 | amirul says: Reply
    alaa..benda2 remeh camni korang concern...baik concern pasal yahudi tindas Palestin tu..
  4. 21st December 2011 | Othman Bakar says: Reply
    Ini semua kerja Anwar haram jadah tu untuk mulakan revolusi pelajar di Malaysia. Harap pihak Kerajaan tidak akan berlembut dengan mereka.
  5. 21st December 2011 | Cinta Damai says: Reply
    dengar nama adam adli dari UPSI... takdelah hebat sangat, tapi bila dengar apa adam adli buat... tersebut perkataan "WOW, BIADAPNYA BAKAL GURU NI", sejenak terfikir, kalau dah bakal guru pun macam ni, camanalah anak2 bangsa nanti yer? Kasihan para mahsiswa/siswi yang benar2 ikhlas dan tekun dalam pelajaran, kerana tindakan sekumpulan yang biadap gelaran ini telah hilang sinarnya... teringat zaman dulu, guru2 disanjung tinggi, bagi pelajar merekalah sumber inspirasi dan panduan....

Join the Conversation


− 8 = one