Kalau berbicara tentang seniman yang membawa perubahan ke dalam industri hiburan kita, kita pasti tidak akan keciciran nama Afdlin Shauki. Seorang pengarah filem, pelakon, penyanyi dan penghibur yang pelbagai dengan penampilan pelbagai genre dalam hasil karya seninya. Dengan revolusi filem pertama arahannya iaitu “Buli” Afdlin cepat dianggap sebagai antara pelakon yang tidak menampilkan lawak konvensional sebaliknya beliau dikenali dengan artis lawak bijak.
Pada Rabu lepas Afdlin Shauki berkesempatan menghadiri sesi Teh Tarik Bersama Afdlin Shauki di NZ Garden Cafe, KLCC Kuala Lumpur. bermula pukul 8 malam. Meriah juga ruang di restoran mamak paling happening dekat KLCC dengan kemunculan Afdlin Shauki malam tu. Acara dianjurkan oleh laman web Teh Tarik Bersama YB dengan kerjasama Najib Razak Club (NRC). Sesi santai berkisar tentang politik dan seni.
Antara persoalan yang menjadi tumpuan ramai ialah kenapa Afdlin Shauki memilih untuk menyertai parti UMNO bersama rakan sekumpulannya Harun Salim Bachik (Boboi).
Menurut Afdlin,
“Kerjaya yang saya amat cintakan adalah seni, dan dalam menentukan hala tuju seni serta politik saya, saya melihat pihak mana yang ada melakukan sesuatu untuk membela atau membantu mereka yang terlibat dalam bidang seni. Ada pihak yang sebelum ini melobi untuk membela orang-orang di dalam seni hiburan tetapi pada akhirnya tidak melakukan apa-apa pun untuk membantu industri seni tanah air, tetapi kerajaan UMNO membantu orang seni dan saya menggunakan platform ini untuk cuba membantu lagi rakan-rakan saya yang juga orang di dalam seni hiburan yang memerlukan pertolongan”
Menjawab soalan nakal adakah beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 Afdlin dengan jelas mengatakan tidak.
“Tidak, saya tidak akan bertanding pada PRU 13 kerana saya adalah seorang yang tidak melakukan sesuatu yang saya sendiri tidak faham. Kita biasanya untuk melakukan sesuatu kita kena menjadikan perkara menjadi lebih baik selepas kira menceburinya tetapi jika kita tidak faham melakukannya. Situasi itu akan menjadi lebih buruk jadi lebih baik untuk tidak melakukannya,”

Afdlin juga sebak saat menjawab pertanyaan moderator ketika sesi itu berkenaan perjalanan Afdlin sehingga ke tahap sekarang.
“Bukan mudah, pada satu ketika saya pernah menjalankan perniagaan “Singing Telegram” pelik kan. Tetapi itulah perniagaan saya. Jika anda ada perkara yang ingin diberitahu kepada sesiapa tetapi malu, biar saya yang buat. Biasanya saya akan pergi bertemu dengan orang yang ditujukan telegram tu dan menyanyi, dengan harga RM20. Saya berasal dari keluarga yang susah di Kuala Lumpur. Banyak yang saya lalui dan hadapi untuk sampai ke tahap ini.”
Sesi Teh Tarik Bersama Afdlin bermula pukul 9 malam dan selesai kira-kira pukul 10.45 malam. Banyak juga lawak yang dikongsikan Afdlin sepanjang ditanyakan pelbagai soalan termasuk beberapa soalan tentang filem semuanya dijawab oleh Afdlin Shauki dengan friendly dan berinformasi walaupun beliau baru sahaja pulang dari latihan TeaterĀ , Cuci The Muzikal -last kopek yang akan dipentaskan di Istana Budaya.
Team Teh Tarik Bersama YB, Uzaidi Udanis dan Zamiel Zukie pun begitu sibuk pada hari itu untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.
Tunggu acara sesi santai Teh Tarik seterusnya hanya bersama Teh Tarik Bersama YB.
Sementara itu , dengar audio recording sessi teh tarik bersama dengan Afdlin Shauki
- IKHUS.

Afdlin Shauki adalah seorang karyawan seni yang faham kedudukannya dan tahu meletakkan dirinya di dalam arus perdana. Objektif yang hendak dicapainya amat jelas dan dia tahu apa yang dia mahukan dalamm perjalanan seninya. Satu perkara yang menyentuh hati ialah, bila dia melihat anak-anaknya yang seperti akan cenderung kepada kesenian…sedangkan dunia luar tidak menyediakan ruang untuk anak seni di masa depan untuk berkarya dengan mudah….suasana medan dan ruang seni di Malaysia yang tidak menguntungkan anak-anak seni, malah lebih kepada pengeksploitasian hasil-hasil seni mereka. Keuntungan hanya dinikmati oleh pihak lain…sedangkan titikpeluh mereka diperah.
The best that Malaysia have. Afdlin Shauki…