Bayangkan MELAKA tanpa D.A.R

Gelak ketawa ceria memulakan sesi Teh Tarik Bersama YB minggu lepas bersama tetamu istimewa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Biarpun sibuk sebaik pulang dari Korea serta sempat menziarahi rakan yang meninggal dunia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau lebih di kenali sebagai DAR tetap ceria melayani rakan -rakan Fb, twitter serta Blogger dengan memberi penjelasan serta jawapan kepada setiap persoalan.

Jelas di wajahnya, DAR begitu kecewa dengan perkembangan demonstrasi terutamanya BERSIH 3.0 baru baru ini.Beliau menjadi pelik apabila perhimpunan yang sepatutnya tidak bermotifkan politik itu turut di hadari dan di wakili oleh pemimpin pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim ,Lim Kit Siang  dan ramai lagi. Apa yang lebih membimbangkan lagi jika perhimpunan itu gagal di kawal serta ada provokasi dan tercetuslah kejadian seperti 13 Mei 1969.

Beliau berpendapat langkah berdemonstrasi hanya akan memalukan imej negara di mata dunia. DAR menegaskan betapa pentingnya menjadi negara maju dengan akhlak yang terpuji. Segala pendapat boleh juga di ajukan menggunakkan platform Media Baru seperti Facebook,twitter dan lain lain. Sehubungan dengan itu ,DAR menjemput rakan -rakan semua agar menjadi rakan beliau di FB dan menjadi followernya di Twitter.Tidak seperti pemimpin pembangkang, DAR tidak pernah menyekat atau memadamkan sebarang teguran atau kritikan yang di tujukan kepada beliau di laman media Sosial.

Pada sessi Teh Tarik YB ini juga beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz “MELAKA KAH KAU” yang di anjurkan oleh geng Ttyb. Mereka yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul telah berjaya mendapat hadiah sebotol cincalok serta Belacan buatan Melaka bagi menandakan bahawa si pemenang merupakan orang yang sememangnya punyai pertalian yang rapat dengan Melaka . Seorang peserta dari Pulau Langkawi ,Kedah yang hanya dapat menjawab 2 soalan dengan betul  iaitu Sdr Sameer Khan terpegun kerana telah berjaya mendapat hadiah percutian 2 Hari 1 malam ke Melaka. Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Sameer berhak dan layak mendapat hadiah itu kerana dia perlu tahu lebih banyak perkara mengenai Negeri Melaka.

Jadi kepada siapa yang belum pernah hadir ke Sessi  Teh Tarik ini, cubalah datang kerana anda tak tahu apa yang anda bakal bawa pulang nanti…

Share

LYNAS: ANTARA FAKTA DAN AUTA.

 

April 14, NZ Garden,Kuala Lumpur.

Seperti rakan-rakan yang lain,saya jugak agak keliru dengan isu Lynas ini,Bila pertama kali terdengar saya sangkakan bahawa ianya menu makanan lazat dari Pahang. Setelah melayari internet untuk mencari bahan saya dapati banyak cerita -cerita negatif mengenainya. Radioaktif? Mmm…fikirkan positif,peluang untuk menjadi Spiderman Malaysia. Satu perkara yang membingungkan saya ialah ,mengapa ini menjadi satu isu politikal sedangkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pegangan saham di dalam nya.? Mengapa beria – ria untuk memperbesarkan isu ini sedangkan  pelaburnya dari Australia…biaq pi la..kata orang Kedah.

Selepas berfikir panjang dan cuba memahami isu ini dari perspektif yang lain,saya merasakan ada sesuatu yang sangat istimewa dalam isu ini. Kehadiran Ikhlas Boss Besar Lynas Sdn Bhd, Dato Marshal Ahmad beserta Prof Dr Ismail Bahari( pakar keselamatan radiologi) dan Puan Mimi. pada sessi Teh Tarik YB malam itu telah berjaya membuka minda kami tentang pentingnya LYNAS di teruskan. Bukan hanya untuk kemegahan politik,tetapi ialah tentang “survival industry” dan keperluan masa hadapan. Jelas dan nyata dari segi ekonomi dan pelaburan ianya amat menguntungkan dan akan membuka peluang serta membuka pintu kepada pelaburan -pelaburan lain untuk datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan akan bertambah di kawasan setempat, kilang -kilang berasaskan Teknologi Hijau akan mula di buka di Malaysia. Universiti- Universiti tempatan sejak kebelakangan ini sering membuka kursus kursus baru seperti “advance Material” Biotech dan lain lain lagi yang memerlukan “spearhead project” seperti Lynas untuk penempatan pekerjaan kelak.

Pada malam itu berbagai soalan telah di tanya dan telah di jawab secara professional malahan Prof Dr Ismail Bahari dengan berbesar hati menunjukkan demo khas kepada semua yang hadir. Baru kami faham apa itu radiasi….Namun apa yang menghairankan saya ialah mengapa ada pihak yang membangkang? Adakah demo perhimpunan hijau itu ialah alam sekitar atau hijau Parti?

Beberapa tomahan serta tuduhan dari pihak Parti Pembangkang tentang fakta di Lynas adalah tidak benar sama sekali. Contohnya:

LYNAS di tuduh sebagai Nuclear Plant? Jawapan: Lynas hanyalah chemical processing plant yang beroperasi pada “atmospheric pressure dan ambient temperature” Maka tidak ada api atau letupan yang boleh mengakibatkan kebocoran radioaktif dan mencemarkan alam sekitar seperti Plant Nuclear.

LYNAS ialah sama seperti Asian Rare Earth (ARE)?-  Jawapan, Tidak Benar! ARE menggunakkan monazite sebagai bahan mentah. Monazite yang di ekstrak itu mengandungi 43 kali lebih radioaktivitynya dari bahan mentah Lynas. Bahan buangan ARE juga 48 kali lebih radioaktifnya.

Kononnya Operasi LYNAS akan merebaknya sakit kanser serta mengakibatkan kecacatan pada bayi yang baru lahir?  Jawapan, TIDAK BENAR…1) Kementerian Kesihatan melaporkan cancer prevalance sebanyak 720 kes per sejuta (MOH ,2007) 2) Walaupun tanpa kilang LYNAS penyakit kanser di sekitar penempatan adalah  35 kes per sejuta(RIA) 3) Selepas pembinaan kilang LYNAS penyakit kanser dari awam hanyalah o.1 kes per sejuta (0.002mSv/y)

Al kisahnya pembangkang ni macam dah takde modal,kononnya pakar -pakar mereka ( khabarnya hanya Doktor Haiwan) berhujah bagai nak rak kononnya LYNAS tak selamat padahal pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam sekitar mengatakan ianya SELAMAT. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca pembaca budiman sekelian.  Di awal acara Teh Tarik YB ini, sebanyak 100 helai soalan mudah mengenai Radioaktif dan Lynas  telah di edarkan kepada peserta yang hadir dan mereka di kehendaki menjawabnya. Hasilnya , 98% tidak dapat menjawab atau menjawab jawapan yang salah. So…persepsi persepsi dan persepsi!

Share

Tan Sri Rafidah Aziz Punyai Aura Yang Memikat …

 

Tak Percaya?

Are you sure Bro she’s coming? Takkanlah dia nak datang to our Teh Tarik Session yang serba santai dan tidak ada prestige ni? Have you been talking to the right person ..YB Tan Sri Rafidah Aziz? This is too good to be true….

Itulah kata -kata yang sering saya dengar apabila cuba menyampaikan jemputan kepada rakan rakan untuk hadir ke Sessi Teh Tarik kali ini. Memang sukar untuk menyakinkan beliau untuk hadir ke Sessi Teh Tarik YB ini memandangkan jadual Tan Sri yang sangat sibuk itu. Persetujuan beliau untuk hadir telah memberikan suatu suntikan semangat yang sangat besar ertinya untuk ” Teh Tarik movement ” seperti kami. Ok jemputan VVIP-checked! Jemputan rakan -rakan juga checked,walaupun penuh dengan sesi penjelasan. Tempat..no problem Ali NZ was just a phone call away. Seperti kebiasaan pihak VVIP jemputan akan menjelaskan bil bil makanan tapi ini special case…Uu, kita kena source some funding! Panggilan telefon kepada rakan-rakan perniagaan yang berkaitan sangat mengecewakan! ini jawabnya….sorry tapi Tan Sri dah takde authority untuk tolong ini dan itu ( saya pun tak faham mengapa KEMEWAHAN boleh mengubah character seseorang) Anyway, kami bersetuju untuk membiayai sepenuhnya acara ini memandangkan Tan Sri merupakan Idola kami berdua dan kami sangat -sangat menghormatinya. Dalam celah itu mujurlah ada rakan perihatin yang turut membantu sedikit dan tak perlulah saya menyebut namanya ..(Sdr Akramsyah Sanusi)

Wow! Aura nya…

Apabila YB Tan Sri Rafidah Aziz melangkah masuk ke NZ Garden, saya mula dapat rasa getarannya, Uzaidi Udanis(Uu)  dan Nana terpegun kaku,bau perfume nya sesegar bunga yang baru di petik. Saya yang ketika itu sedang membuat food testing juga seperti terkunci dan tak mampu mengunyah lagi. Bila Yb Tan Sri memberi salam barulah semuanya kembali normal dan ketika itu semua terus mengerumuni beliau untuk bersalam dan melepaskan rindu. Kak Ana Razak sanggup tidak keluar makan kerana takut akan kehilangan kerusi di bahagian hadapan sekali. Dari pengamatan saya, senario ini seakan seperti menyambut kepulangan seorang Ibu yang baru pulang dari mengerjakan Haji.

Sessi Ramah Mesra Dan Sessi Tanya Yb bermula

Memang tugas sebagai Moderator sangat bersesuaian dengan Uu. Sebelum majlis bermula beliau bekali -kali membacakan doa penerang hati agar tidak lupa skrip hari itu. Saya yang duduk bersebelahan dengan YB Tan Sri tersipu-sipu malu (teringat zaman mula mula dating masa sekolah dulu) Baju warna hitam yang saya pakai turut memantapkan lagi aura Yb Tan Sri. Mic dan perakam suara digital memenuhi ruang meja kami. Pihak Media turut memenuhi ruang hadapan untuk mendapatkan berita Ekslusif dari YB.

Saya kurang pasti beberapa soalan awal tetapi saya pasti ia berkenaan dengan nyamuk kerana jawapan Yb Tan Sri ialah “Jangan Bakar Kelambu Cuma Buang Pijat Pijat yang menggigit di tilam”  senyuman terukir di beberapa orang hadirin yang mungkin tidur nya selama ini turut di ganggu Pijat-pijat. Soalan selanjutnya yang di tanya oleh Kak Siti Zubaidah menjelaskan bahawa dia telah di marahi ” Kaw-Kaw” oleh pengikut UMNO di bawahnya.Yb Tan Sri tidak memahami jenaka spontan itu walaupun saya hampir jatuh kerusi menahan ketawa. Suami seorang hadirin di barisan hadapan itu warga Canada dan beliau juga agak hairan mengapa topik awal hari itu berkisar tentang binatang? Sememangnya hari itu kita tidak ingat kepada soalan soalan yang di tujukan cuma kita ingat kepada jawapan jawapan seperti “What is your state without my country?”

Pengalaman beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan(1977-1980),Menteri Perusahaan Awam(1980-1987) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri( Mei 87-Mac 2008) sudah memadai untuk beliau menjawab semua soalan berbentuk ekonomi dan dasar Kerajaan yang di tujukan kepada beliau malam itu. Tidak cukup dengan itu beliau turut di beri gelaran RATU dan di hadiahkan dengan serangkap pantun oleh Pak Lurah @ Othman Parman yang memandu dari Felda Raja Alias untuk bersama sama dalam program ini. Pada malam itu hanya satu soalan yang gagal di jawab oleh YB Tan Sri Rafidah,iaitu  mengenai ramalan samada BN akan menang majoriti di kawasan kawasan tertentu atau tidak. Secara berseloroh beliau berkata bahawa beliau tidak mahu menjadi seperti Paul the Octopus yang menjadi peramal semasa World yang lalu dan kini menjadi “sotong goreng”

TERIMA KASIH JASA MU DI KENANG.

Di penghujung program,Yb Tan Sri menjelaskan bahawa beliau sudah tidak berhasrat untuk merebut atau mempertahankan jawatan serta kedudukan politik lagi dan ingin memberi laluan kepada pemimpin muda untuk mengambil tempat. Walaupun berumur namun beliau tetap nampak muda dan masih aktif dalam dunia korporat. Yb Tan Sri juga mengingatkan semua agar menyokong BN dalam PRU 13 akan datang dan jangan menghukum parti hanya kerana kesalahan individu tertentu. Ucapan Terima Kasih kepada semua Media Cetak, Media Elektronik,Media Alternatif dan lain kerana menyokong program TEH TARIK BERSAMA YB TAN SRI RAFIDAH AZIZ. Majlis di akhiri dengan video presentation Uu. yang sangat menyentuh hati.Yb Tan Sri yang pada awalnya hanya ingin duduk selama 1 jam akhirnya bersantai selama 3 jam lebih bersama hadirin sambil bergambar dan minum pekena Teh Tarik. Seperti biasa ..slogan kita RIGHT PLACE,RIGHT TIME,RIGHT PERSON AND FOR THE RIGHT REASON.    

( P.s: Siapa tanya soalan di Live Tweeter nak jadi Calon Menantu YB Tan Sri?)

Share

DSIS : SANTAI MEMIKAT HADIRIN TTYB

DSIS MENEPATI MASA.

Tepat pukul 8:30 malam YB Dato Seri Ismail Sabri atau lebih di kenali sebagai DSIS tiba di NZ Garden KLCC. Pembantu Khasnya memberitahu kami bahawa DSIS tidak pernah lewat menghadiri mana -mana programnya dan amat menghargai masa. Kami yang menganjur pula yang terasa gementar memandangkan kehadiran yang sungguh memberangsangkan, kami menganggarkan dalam lingkungan 150 namun yang hadir malam itu melangkaui jumlah 400 hadirin. Makanan perlu di tambah! Keadaan masih terkawal, mujurlah ada Uzaidi Udanis(Uu) yang cekap mengawal suasana di samping rakan -rakan admin yang turut membantu . 

DSIS BERATUR MENGAMBIL MAKANAN

Kami mengingatkan pelayan agar membawa hidangan khas ke meja , namun DSIS lebih suka beratur bersama rakan rakan hadirin aktivis Media Baru sambil berborak dan bertanyakan khabar. Keramahan beliau telah mengundang hampir semua yang hadir membawa kamera untuk bergambar sama. Walaupun baru pulang dari Parlimen dan keletihan namun tiada sedikit pun terlihat di wajahnya. “Dashing” kata seorang rakan wanita ttyb yang hadir pada ketika itu.DSIS enjoy makanan pada malam itu walaupun terpaksa berhenti untuk bersalam dengan hadirin yang tiba. Kami admin admin malam itu hanya mampu menelan air liur menunggu majlis selesai untuk makan malam.

DSIS MASUK DI IRINGI MUZIK.

Mujurlah malam itu Jack Dzul hadir untuk memberikan persembahan akustiknya. Beliau memainkan dan mengalunkan lagu -lagu seperti Broery Marantika, dan Kumpulan Eagles bagi menghangati suasana. Aura DSIS semakin terasa apabila beliau menjejakan kaki ke bilik TTYB kami. Semua kerusi telah di penuhi dan ramai di antara hadirin terpaksa berdiri untuk mendengar sessi ini. Masanya sudah tiba..Zamiel Zukie (Zz) memberi cue agar muzik di berhentikan. Emcee tegar kami, Zaidel memulakan celotehnya seperti biasa sambil mencuit hati hadirin.

DSIS “COOL” MENJAWAB SOALAN

Memulakan ucapan, dengan rendah diri serta tutur bahasa yang lembut DSIS memperkenalkan dirinya. Umpama seorang Pendekar Melayu yang mengatur langkah persilatan, satu demi satu buah soalan di patahkan olehnya. Macam -macam soalan yang di tanya, dari Minyak,beras,susu hinggalah ke royalti artis beliau menjawab.Ada satu permintaan dari rakan Teh Tarik YB kami yang mengikuti secara LIVE melalui FB dan LIVE TWEET dari London (Olanz Dionz) agar acara Teh Tarik YB ini membawa DSIS ke sana. DSIS menyatakan keinginannya untuk bersama jika di anjurkan oleh mereka.  soal jawab ini di akhiri oleh satu soalan Cepumas oleh Zaidel. .MENGAPA DSIS SOKONG CHELSEA?

Acara ini turut juga di sokong oleh aktivis -aktivis Media Baru seperti Media Bera,NRC11,1AGENDA,Kelab CheDet, Armand(Suara Anak Muda),UMB,Voice Of Gombak,Warta Rakyat,Wirawati online,Wirawan Wiraweb,1Malaysia TV serta media media cetak yang kami hormati.

Share

Afdlin In Politics: Bantu Industri Seni Kita!

Kalau berbicara tentang seniman yang membawa perubahan ke dalam industri hiburan kita, kita pasti tidak akan keciciran nama Afdlin Shauki. Seorang pengarah filem, pelakon, penyanyi dan penghibur yang pelbagai dengan penampilan pelbagai genre dalam hasil karya seninya. Dengan revolusi filem pertama arahannya iaitu “Buli” Afdlin cepat dianggap sebagai antara pelakon yang tidak menampilkan lawak konvensional sebaliknya beliau dikenali dengan artis lawak bijak.

Pada Rabu lepas Afdlin Shauki berkesempatan menghadiri sesi Teh Tarik Bersama Afdlin Shauki di NZ Garden Cafe, KLCC Kuala Lumpur. bermula pukul 8 malam. Meriah juga ruang di restoran mamak paling happening dekat KLCC dengan kemunculan Afdlin Shauki malam tu. Acara dianjurkan oleh laman web Teh Tarik Bersama YB dengan kerjasama Najib Razak Club (NRC). Sesi santai berkisar tentang politik dan seni.

Antara persoalan yang menjadi tumpuan ramai ialah kenapa Afdlin Shauki memilih untuk menyertai parti UMNO bersama rakan sekumpulannya Harun Salim Bachik (Boboi).

Menurut Afdlin,

“Kerjaya yang saya amat cintakan adalah seni, dan dalam menentukan hala tuju seni serta politik saya, saya melihat pihak mana yang ada melakukan sesuatu untuk membela atau membantu mereka yang terlibat dalam bidang seni. Ada pihak yang sebelum ini melobi untuk membela orang-orang di dalam seni hiburan tetapi pada akhirnya tidak melakukan apa-apa pun untuk membantu industri seni tanah air, tetapi kerajaan UMNO membantu orang seni dan saya menggunakan platform ini untuk cuba membantu lagi rakan-rakan saya yang juga orang di dalam seni hiburan yang memerlukan pertolongan”


Menjawab soalan nakal adakah beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 Afdlin dengan jelas mengatakan tidak.

“Tidak, saya tidak akan bertanding pada PRU 13 kerana saya adalah seorang yang tidak melakukan sesuatu yang saya sendiri tidak faham. Kita biasanya untuk melakukan sesuatu kita kena menjadikan perkara menjadi lebih baik selepas kira menceburinya tetapi jika kita tidak faham melakukannya. Situasi itu akan menjadi lebih buruk jadi lebih baik untuk tidak melakukannya,”



Afdlin juga sebak saat menjawab pertanyaan moderator ketika sesi itu berkenaan perjalanan Afdlin sehingga ke tahap sekarang.

“Bukan mudah, pada satu ketika saya pernah menjalankan perniagaan “Singing Telegram” pelik kan. Tetapi itulah perniagaan saya. Jika anda ada perkara yang ingin diberitahu kepada sesiapa tetapi malu, biar saya yang buat. Biasanya saya akan pergi bertemu dengan orang yang ditujukan telegram tu dan menyanyi, dengan harga RM20. Saya berasal dari keluarga yang susah di Kuala Lumpur. Banyak yang saya lalui dan hadapi untuk sampai ke tahap ini.”

Sesi Teh Tarik Bersama Afdlin bermula pukul 9 malam dan selesai kira-kira pukul 10.45 malam. Banyak juga lawak yang dikongsikan Afdlin sepanjang ditanyakan pelbagai soalan termasuk beberapa soalan tentang filem semuanya dijawab oleh Afdlin Shauki dengan friendly dan berinformasi walaupun beliau baru sahaja pulang dari latihan Teater , Cuci The Muzikal -last kopek yang akan dipentaskan di Istana Budaya.

Team Teh Tarik Bersama YB, Uzaidi Udanis dan Zamiel Zukie pun begitu sibuk pada hari itu untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Tunggu acara sesi santai Teh Tarik seterusnya hanya bersama Teh Tarik Bersama YB.

Sementara itu , dengar audio recording sessi teh tarik bersama dengan Afdlin Shauki


 

 

- IKHUS.

Share

TEH TARIK GUIDE: HOW TO BE A GOOD POLITICIANS

TEH TARIK  GUIDE FOR BEGINNERS:  HOW TO BE A GOOD POLITICIANS (ADUNS  & MP’S)

 

1) BE HUMBLE

-There is no positional power.

-Be aware of how little power you have individually.

- Power is only a product of collective action.

 

2) BE NICE TO OTHERS

- Keep people on side, you might need their support later.

 

3) THINK STRATEGICALLY

-  Where is The  Power?

- How can i get others to agree?

-Who will back me? Create a situation where everyone gain something.

 

4)  SPECIALISE

-  Pick a topics that interest you  and research it throughly.

- Become one of the experts in the Parliament on your topics

- Eventually, others will seek your point of view,publicly and privately,and this will give you considerable standing and influence.

 

5) HAVE CLEAR AND ACHIEVABLE GOALS

- Know what you want to achieve from the time you were elected.

- Do not try to change the World.

-Pick objectives that are measurable (This is good for your own morale)

 

6) UNDERSTAND THE ISSUES

- Research. If you are discussing any issue-local to international- make sure you have all the most up-to-date information.

 

7) LISTEN TO OTHERS

- Do not think you understand it all. Others experience will probably be different to yours, and they may help you to re-think your view.

-anyway in a democracy,their view also counts.

 

8)  LEARN HOW TO SAY ‘NO” KINDLY AND WITH RESPECT.

- Sometimes this is not easy! but you might need that person’s support later..so avoid offending.

 

9) UNDERSTAND YOUR INSTITUTION.

- The more you understand the rule of procedure and the traditions of the parliament, the more you will be able to use these to achieve your goals.

 

10) EARN RESPECT

- Show you respect the views and experience of others.

- Demonstrate that you can be trusted.

- Learn to recognise corrupt behaviour.

 

 

Share

DATUK SALLEH MAJID DALAM KENANGAN

DATUK SALLEH MAJID DALAM KENANGAN…. (oleh : Mardzuki Abdullah)

Panggilan telefon lewat pagi Isnin lepas, 2 Januari 2012  telah dijangka. Hanya setengah jam sebelum itu aku telah bertanya khabar dari sepupu ku mengenai keadaan sahabat kami yang terlantar di hospital dan dari ceritanya aku telah menjangka sahabat kami itu adalah dalam nazak. Betul, dia telah menghembus nafas terakhirnya lebih kurang 10 minit yang lalu. Inna lillahi wainna ilaihi rojiun!

“Tolong beritahu saudara-saudara kita Malik dah tak ada” kata sepupu ku ringkas. Aku segera SMS kepada rakan-rakan ku “ Datuk Salleh Majid telah kembali kerahmatullah pagi ini dHKL dan jenazahnya akan dibawa kerumah ibunya di Hulu Klang. Urusan lanjut akan diberitahu.” Selepas itu banyak panggilan telefon yang aku terima bagi mengesahkan berita kematian “Wak”.

Sebenarnya aku dan sepupu ku adah antara rakan yang terakhir dapat bercakap dengan arwah tiga malam sebelum itu., walaupun perkataan nya sukar difahami. Yang jelas semasa kami mohon izin pulang lebih kurang jam 11 malam, arwah menitis air mata seolah-olah memberi isyarat kepada kami itulah perjumpaan yang terakhir. Tangan kami dipegang nya erat, mukanya dialih seperti merajuk. Kami sayu dibuatnya tapi peristiwa itu adalah tanda persahabatan kami untuk  ingatan abadi!.

Itulah tiga nama bagi sahabat kami itu. Sepupu ku adalah kawan sepermainan arwah dari kecil dan lebih mesra memanggilnya Malik, nama timangan keluarga nya. Aku lebih senang memanggil nya Wak kerana nama itu senang dicam olih rakan-rakan kami di Maktab MARA. Pada kami sekelian nama Datuk Salleh Majid adalah satu kebanggaan bagi “Maracong” pengenalan bagi  kami penuntut-penuntut Maktab MARA diketika itu. Datuk Salleh Majid adalah contoh Maracong yang berjaya. Walaupun berjaya arwah tidak pernah lupa kawan-kawan nya  yang dahulu. Macam mana sibok sekali pun kenduri kahwin anak-anak Maracong pasti dihadirinya.Malah kenduri-kenduri tahlil arwah dikampongnya di Hulu Klang juga mendapat tempat dalam jadual hariannya. Inilah peribadi seorang anak kampong yang tidak lupa daratan!.

Sebagai ukuran kejayaan seseorang, kekayaan wang ringgit dan harta benda tidak dapat dipisahkan, apa lagi jika seseorang itu adalah seorang ahli ekonomi terkenal, bekas ahli koperat yang berjaya.  Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa arwah seperti orang biasa yang lain melalui liku-liku hidup adakala mewah adakala dalam kesempitan.Semasa mewah, dia tidak lupa menghulur bantuan kepada yang memerlukan. Tetapi siapa yang menjangka dia juga melalui keadaan kesempitan kewangan sehingga biasa meminjam  dari rakan-rakan karib yang boleh  merahsia keadaan dan dipercayai nya. Dari situ kita boleh tafsir perjalanan hidup beliau dari segi integritinya. Sunggoh mulia sahabat ku ini!.

Kita hanya dapat berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin. Allah lebih mengetahui diatas segala kebaikan hamba-hamba Nya. Al-fatihah….

(Penulis adalah Maracong 66/69, dan bekas Presiden MAICSA)

Share

AUKU: AKSI BIADAP MAHASISWA

Seorang pemuda menghampiri untuk menumbuk Adam Adli.

Walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara tidak bermakna setiap individu itu boleh bertindak melakukan sesuatu mengikut perasaan atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami, BIADAP!!!

Apabila emosi mengalahkan logika dan adab bersosial, mahasiswa bijak pandai yang menjadi harapan Negara boleh juga menghancurkan Negara tanpa mereka sedari.  Ini merupakan antara sebab Akta AUKU ( Akta Universiti dan Kolej Universiti) di adakan suatu masa dahulu. Kita tahu terdapat segelintir pelajar yang benar-benar rasional dalam tindakan berpolitik dan sekiranya kebebasan berpolitik itu diberikan, mereka mampu membawa suara mereka mengikut kaedah yang betul. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah mereka-mereka ini mampu mengawal ahli-ahli dibawah kelolaan mereka daripada melakukan perkara-perkara diluar batas seperti yang berlaku di hadapan bangunan Umno ini ? Menjadi intelek itu tidak berguna sekiranya emosi mereka tidak sama bijaknya. Sebenarnya seorang yang bernama Mahasiswa itu hanyalah bijak dan pandai dari segi teori dan mungkin sedikit pengalaman praktikalnya mengenai bidang yang diambilnya akan tetapi dia masih mentah mengenal dunia sebenar kecuali sekiranya mereka ini disuruh mencari sendiri duit untuk pembiayaan diri dan akademik masing-masing. Apabila ‘sense of survival’ ini wujud dalam diri mereka, maka barulah mereka ini layak untuk di beri kebebasan untuk berpolitik.

Kini, ibarat nasi dah menjadi bubur, perilaku Adam Adli seorang mahasiswa UPSI yang tidak menghormati malah mempermainkan bendera YAB Perdana Menteri kita sememangnya mengundang kemarahan rakyat Malaysia serta Ahli UMNO khasnya. Pastinya selepas ini Adam Adli tidak boleh lagi bebas seperti dahulu, ancaman dan ugutan yang kita dengar kadangkala menakutkan. Baru ini Adam telah di serang secara berhadapan oleh individu tertentu yang sangat marah dengan tindak tanduk ‘bodoh’ Adam di PWTC. Rata-rata orang yang saya temui turut mengatakan kekecewaan mereka dengan insiden yang memalukan itu dan mereka harap tindakan serta hukuman yang keras patut di beri sebagai peringatan kepada mahasiswa-mahasiswa lain.

Bendera merupakan suatu lambang kedaulatan bagi sesebuah Negara, dan bendera Perdana Menteri itu menjadi maruah seorang pemimpin yang wajib kita hormati dan tidak wajar kita permainkan. Di sesetengah Negara,ketika perarakan atau acara membawa bendera di jalankan,sesiapa yang melintas atau memintas perjalanan bendera tersebut akan di tembak pihak tentera. Dalam kes ini, pesan kami pada Adam Adli hanyalah satu:

MINTA MAAF KEPADA YAB PERDANA MENTERI SERTA RAKYAT MALAYSIA.

APA PENDAPAT AFDLIN SHAUKI ?

Share

HAPPY BIRTHDAY LIM GUAN ENG

Antara Sebenar dan Replika..


“Ini kapal betul -betul ada selam la..” mungkin itulah yang terdetik di hati Lim Guang Eng apabila beliau menaiki sendiri kapal selam milik TLDM baru -baru ini. Jemputan dari Menteri Pertahanan Dato Zahid Hamidi kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Gua Eng untuk merasai sendiri pengalaman menyelam bersama kapal selam negara dilihat sebagai satu langkah bijak bagi menafikan tohmahan mengenai kapal selam ini yang dikatakan tidak mampu menyelam.

Turut bersama dua timbalannya, iaitu Prof. Dr. P Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman masing-masing menerima sijil daripada TLDM sebagai bukti melakukan penyelaman. Beliau yang kelihatan sangat teruja dan gembira melihat kecanggihan Kapal Selam ini barulah sedar bahawa sistem dan kelengkapan pertahanan negara tidak boleh di perlekeh -lekehkan lagi selepas ini. Saya rasa pengalaman ini merupakan hadiah harijadi yang paling bernilai buat Lim Guan Eng .Ucapan Terima Kasih kepada Yb Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi ,Menteri Pertahanan Malaysia.

Kapal Selam milik TLDM ini bukanlah REPLIKA dan  kek hadiah harijadi taik yang beliau terima bukanlah kek SEBENAR yang boleh di makan. Semoga beliau lebih memahami selepas ini,he he he… Walaubagaimanapun,

pemberian ‘replika’ kek taik manusia  oleh pihak NGO sempena Hari Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu bentuk penghinaan dan amat memalukan. Pemberian seperti itu menunjukkan betapa negatifnya tahap pemikiran mereka (NGO) kerana sanggup memberi hadiah taik kepada seseorang yang tidak disukai. Sepatutnya kematangan dalam memprotes sesuatu perkara  haruslah ditonjolkan dengan cara yang lebih berhemah. Contohilah langkah bijak seperti Dato Zahid Hamidi yang benar-benar telah berjaya mengubah persepsi  Lim Guan Eng dalam isu kapal selam sehingga beliau terkedu untuk menjawab soalan daripada pihak wartawan. Andainya mampu,tentu beliau lebih suka kapal selam itu timbul di Pulau Pinang bagi mengelakkan dari bertemu pihak media.

Editor: Siapa pernah dengar cerita jenaka ,LimGuang Eng semasa kecil pernah menaiki helikopter Tentera bersama ayahnya Lim Kit Siang,Tun Dr Mahathir(ketika itu PM) dan Anwar Ibrahim(ketika itu TPM)? He hehe..sbg politikus anda patut tahu Jokes Klasik ini.

Share

ACARA PALING BERJAYA NEGERI SELANGOR?

Al Kisahnya di Negeri Selangor , acara ini adalah antara acara yang di adakan secara tahunan sejak dari masa pemerintahan BN dulu lagi.Pendek kata setiap kali acara ini diadakan pastinya warga Selangor akan membanjiri Stadium atau tapak di mana ia diadakan.Macam -macam Jualan dan pameran yang di adakan dulu. TAPI KINI…APA SUDAH JADI????

Khabarnya sejak pemerintahan baru PAKATAN di Selangor ini, mereka punyai sentuhan sendiri dan mengadakan acara ini ikut citarasa dan kehendak mereka.Acara yang dahulunya di anggap membazir telah di potong dan di berikan bajet baru yang sangat rendah katanya. Maka pada 1 Disember lalu bertempat di Stadim Melawati, dimana satu program yang di jadualkan  untuk ribuan peserta hanya di hadiri oleh rombongan ustaz penceramah jemputan itu beserta pelajar tahfiznya sahaja iaitu 2 buah van.

Bayangkan atau lihat pada gambar yang di lampirkan, persiapan khemah,arabian tent di kiri dan kanan yang kelihatan amat gah hanya di hadiri oleh beberapa orang sahaja….MEMANG JIMAT CERMAT! Rakan dan sahabat handai saya di masjid pun komen “takkan event Kerajaan Negeri bawah Tan Sri Khalid teruk macam tu sekali?” Begitulah lumrahnya,kadang kadang Khemah besar serta peralatan yang canggih dan di sediakan namun jika URUS TADBIR nya tak effisien?

Begitu juga halnya dengan Pemerintahan Negeri, walau sebesar mana pun negeri itu jika tidak di tadbir dengan sempurna maka yang rugi nanti ialah RAKYAT. Pesan kami, carilah Pengurus Acara / Parti Pemerintah yang berpengalaman …..KAN SENANG !!

 ~ SELANGOR RIA…PESERTA TIADA~

Share

Apabila “kemereh” menghangati dewan…

Memang setiap kali UMNO mengadakan Perhimpunan Agung tahunannya,kata -kata lucu serta sendaloka kedaerahan memeriahkan suasana di samping menyedarkan kita betapa mewahnya perbendaharaan kata dalam budaya Melayu yang tidak di kamuskan.Sebagai orang Kedah yang telah lama meninggalkan jelapang padi nya bagi mencari rezeki di perantauan,saya amat tertarik dengan ungkapan ‘kemereh’ yang di bahasakan oleh YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam ucapannya yang menyentuh perjalanan PAS.

Setelah bertanyakan adakah Dato Seri Pengerusi tetap memahami erti ‘kemereh’ yang di jawab oleh Dato Seri Pengerusi tetap ‘tidak’,YB Dato Mukhriz menyatakan ‘kemereh’ adalah lebih teruk dari ‘koman’. Koman dalam loghat Kedah yang di fahami ramai,merujuk kepada nilai yang rendah dan yang tidak bermutu seperti barangan tiruan atau keluaran dari negara-negara ketiga yang tidak mempunyai kawalan mutu.Manakala ‘kemereh’ lebih kepada perbandingan dari fizikal dan kesihatan sesuatu yang bernyawa,seperti seorang murid yang tidak bermaya berbanding dengan kawan-kawan sekelasnya. Umpama anak itik yang ketinggalan kumpulan disebabkan sakit atau cacat,begitu agaknya Yb Dato’Mukhriz merujuk ‘kemereh’ ini kepada Parti PAS yang ketinggalan dalam hala tuju Pakatan Rakyat….Biaq Pi! Biaq Pi!…

AB ADHO

Share

Deviance In Good Governance Practice

Editor – Isu mengenai FELDA dan KPF menjadi panas apabila saya memuatkan kisah itu di blog ini,walaubagaimana seperti yang saya janjikan bahawa BLOG ini akan memberi fair reporting.

Dear Friend,

Having watched the entire program of Soal Jawab on TV3 last week,I couldn’t agree more with Tan Sri Isa’s view on the leadership aspiration to take Felda into greater heights through the formation of Felda Global Ventures Sdn Bhd. The mention of PM’s name several times in the interview indicate escapade of some form to the problem in the execution of the grand plan. In my view Tan Sri Isa failed to address the question posed by Datuk Ahmad Talib on his appointment to the chairmanship of KPF Bhd’s board. Its not as though he was directed to take over the chair but what I fail to understand was Tan Sri’s ignorance of corporate laws regarding board appointments and the difference between entities under the companies Act and the those under the Akta Koperasi. In this context board member of Felda and KPF are equally answerable to the validity of Tan Sri appointment as chairman of KPF.
The public wish to know the truth and not just blaming it as his political foes. How I wish the wisdom of a former Menteri Besar and a former Federal Minister being portrayed through his leadership of this important organisation instead of “singing the song to the old tune”. There is no “evergreens” in corporate leadership! Ask Dato Tony Fernandez if I’m wholly wronged.

(Note: I’m inspired to write this at 4 a.m!)

Share

UNISEL: BETUL KE BONUS STAFF KENA TAHAN?

Apa lagi nie…..dekat nak raya pun dah jadi hal??  Khabar angin yang bertiup dari Bestari Jaya katanya duit bonus raya segelintir staff (separuh bulan) dah kena tahan hanya di sebabkan mereka LIKE PAGE MENYOKONG DATO ROSTI BEKAS V.C DI FACEBOOK. Adoiii! malunya bila dengar cerita ini, para akademik dari Universiti lain pun hanya ketawa  dan ada yang komen “macam perangai budak budak nak balas dendam”

Untuk menambahkan perisa lagi ,rakan rakan staff yang lain ada yang dah dapat (siap shopping lagi) Apakah ini pilih kasih atau nak balas DENDAM ?  Ada yang berkata, andainya mereka inginkan wang bonus raya itu,mereka perlu berjumpa sendiri dengan pemangku VC ,merayu serta menjelaskan mengapa mereka menyokong facebook page terbabit….he he he!

Kami nie cuma nak bertanya..APAKAH kesalahan mereka? kiranya betul, Bagaimana siasatan dan bukti yang di kemukakan? Yang paling penting adakah mereka mendapat sebarang notis mengenai perkara ini?(surat tunjuk sebab etc)

Sempena bulan baik ini, kita harap kepimpinan Unisel sekarang yang di terajui oleh Ybhg  Prof Dr Anuar,dapat bertolak ansur ,bersikap professional dan melupakan sengketa atau permasalahan yang lalu. Kembalikanlah HAK mereka. Kesian bila dapat tahu ada yang berlinang airmata bila dapat tahu Bonus Raya mereka di tahan.(46 orang kan?). 

PERIHATIN..


Share

Video Panas : S.O.S – Apa dah jadi kat UNISEL (UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR) ???

Help… Calling all intellectuals, academicians,and others who are concern about our National Education!

According to grapevine,the VC is stepping down and a few other senior administrator and academician will soon lose their job due to the interference by “INVISIBLE HANDS”

We need your value comments and input regarding the current situation in UNISEL.


Share

Soal Jawab mengenai FELDA sempena hari Peneroka ke 55.

Benarkah FELDA telah menubuhkan MRSMF?

Maktab Rendah Sains Mara FELDA(MRSMF) di wujudkan pada tahun 2007 dengan kerjasama Mara bertujuan meningkatkan taraf pendidikan generasi pelajar Felda. Sbuah bangunan di bina di Trolak dengankos RM123 juta yang boleh menempatkan seramai 1,050 pelajar. Matlamat jangka masa panjang FELDA ialah melahirkan generasi cerdik pandai dan mampu melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Kemudahan yang di sediakan di MRSMF adalah yang termoden meliputi infrastruktur yang lengkap. Penubuhan MRSMF adalah komitmen FELDA dalam memartabatkan generasi baru FELDA dalam bidang pendidikan dan menyediakan kemudahan yang kondusif kepada pelajar.

Berapakah Kos yang di taja oleh FELDA bagi pelajar ke luar negara?

Kos yang di tanggung oleh FELDA adalah bergantung kepada jenis pengajian yang diikuti pelajar. Kos ini adalah meliputi yuran pengajian, elaun pelajar,fee dan lain lain yang di kenakan oleh Universiti.Sesetengah bidang pengajian seperti kejuruteraan dan perubatan menelan belanja hingga RM950,000 setiap pelajar.

Apa peranan FELDA di dalam program Latihan Kemahiran?

Program latihan kemahiran bertujuan melatih generasi baru dalam pelbagai bidang latihan kemahiran dengan harapan generasi baru peneroka mendapat peluang pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan latihan. Program ini juga memberi peluang kedua kepada generasi baru FELDA lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Apakah Jenis Latihan yang di sediakan?

Terdapat 3 peringkat latihan di sediakan FELDA iaitu peringkat Sijil Kemahiran Malaysia(SKM),Peringkat Diploma dan peringkat professional dan profil tinggi. Bagi kursus peringkat sijil,pelbagai bidang kursus di tawarkan seperti juruteknik sistem komputer,Teknologi pembungkusan dan penjenamaan,Automatif,Kejuruteraan Elektrik,Kejuruteraan Mekanikal, Penyediaan Makanan dan kulinari, penyedian pastri/bakeri,pramusaji,pembantu attendant bilik,pembuat pakaian wanita dan lelaki dan dandanan rambut dan lain lain.Manakala kursus peringkat Diploma, bidang kursus yang di awarkan ialah seperti kejururawatan, akaun,pengurusan, Marine Engineering,dan Nautical Studies,pelbagai bidang kreatif dan inovatif, keusahawanan,Pengurusan ladang, mekanikal, automatif, Elektrik dan Mekanikal Gas. Bagi Kursus berprofil Tinggi, FELDA melaksanakan program ini dengan kerjasama Malaysia Airlines System atau MAS dalam bidang Licensed Aircraft Maintenance Engineer(LAME), Trainee Junior Technician(TJT) dan Kadet Pilot.

Share

BERUK DAN TUAN BERUK (RAKYAT DAN KERAJAAN)

AL KISAH……

Beruk nie memang terkenal dengan perangai nakalnya..tak boleh duduk diam,namun Tuan nya(kerajaan) tetap sayangkannya di sebabkan nak suruh panjat pokok ambil kelapa. Bawak beruk jalan naik motor 1st class dok di raga depan. Satu hari, beruk nie memulas throttle minyak ketika motor sedang berjalan….akibatnya mereka pun accident langgar kereta. Di sebabkan itu, Tuan Beruk cedera parah dan terima beberapa jahitan manakala beruk tiada langsung kecederaan.

Beberapa hari kemudian selepas Tuannya keluar hospital, sayang punya pasai, Tuan nya masih bawak lagi beruk nie jalan-jalan, cuma this time dok di belakang la.Oleh sebab perangai semulajadi beruk nie yg nakal ,kali nie Si beruk memusing helmet dan menutup muka tuannya. Tuan Beruk tak nampak jalan dan motor hilang kawalan maka sekali lagi mereka accident dan kali ini tuannya MATI!

Semenjak daripada hari itu BERUK a.k.a RAKYAT dah di hantar ke zoo dan tak dpt lagi panjat pokok kelapa atau merempit dengan tuannya malahan di kurung dalam kandang sampai MATI. MORAL OF THE STORY- Kerajaan sayangkan rakyat walaupun beberapa kali di sabotaj semasa pilihanraya, namun masih di beri keistimewaan. Tetapi apabila tumbangnya sebuah kerajaan yang perihatin maka MERANA LAH rakyat dan ketika itu menanggis airmata darah pun tidak dapat mengembalikan Tuan(Kerajaan)yang lama.Maka hiduplah dalam jajahan wahai kawanku. Pilihlah sewajarnya semasa PRU 13 nanti. BN SEMESTINYA..

                 

Share

Mengapa Peneroka Felda tersenyum?

Manis bak gula MSM, senyuman ahli Koperasi Permodalan Felda(KPF) bila Dato Dzulkifli Abd Wahab selaku Pengarah Besar Felda merangkap Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) mengumumkan dividen tahunan sebanyak 15% (termasuk bonus)

Lebih mengembirakan lagi ialah modal syer anggota terus meningkat kepada RM 1.64 Bilion (2009: 1.46 Bilion) Modal syer yang di miliki oleh Kumpulan Peneroka berjumlah RM 1.18 Bilion merupakan 71.83% daripada keseluruhan modal syer denga  purata pemilikan sebanyak RM 10,000 sekeluarga.

Portfolio pelaburan KPF  juga telah mencecah kepada  RM2.26 bilion dengan teras utama pelaburan KPF masih dalam pemilikan ekuiti 15 buah Syarikat Kumpulan KPF/FELDA. Ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 12.94%. Tahniah FELDA.

ADA LAGI……1)mengikut laporan,pelaburan dalam sektor hartanah bernilai RM240.08 juta melalui pajakan bangunan Hotel Dar Um Hane di Mekah,Arab Saudi telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.92%. 2) Ruang pejabat dan ruang perniagaan di Solaris Dutamas telah di jual dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 4.45 JUTA. 3) Bangunan Korporat Southgate yang bernilai Rm226 juta di Jalan Sg Besi sudah siap pembinaanya Mei lalu.4) Lot -lot tanah di Bandar Baru Bangi yang dirancang untuk di dirikan sebuah kompleks yang akan menempatkan sebuah hotel, Service Apartment dan Garden Restaurant akan dijangka siap pada Julai 2013 dan di sasar akan memberi pulangan minimum 8% setahun.

Mesyuarat sehingga petang ini berlangsung dengan baik dan penghargaan harus di berikan kepada Dato Dzulkifli Abd Wahab yang menjadi mempengerusikan majlis ini dengan suasana kekeluargaan tanpa sebarang konflik besar. Diharapkan Koperasi Permodalan Felda(KPF) akan menjadi koperasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa seperti yang di hasratkan oleh YB Tan Sri Dato Hj Mohd Isa bin Dato Hj Abdul Samad,semasa ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 30 ini.

TAHNIAH ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) .. Tahniah Felda !

Share

PENYENARAIAN MSM MALAYSIA HOLDINGS BHD….SIAPA YANG UNTUNG?

 

MSM Malaysia Holdings Berhad’s IPO is now available until 5:00PM, 13 June 2011. It will be listed on Main Market of Bursa Malaysia on 28 June 2011. Details as follows:

•MSM Malaysia Holdings Berhad, Unit Price = RM3.38

Business Overview

MSM Malaysia Holdings Berhad is the leading sugar producer in Malaysia, involved primarily in the production, merketing and sale of the refined sugar products, with and annual production capacity of over 1.1 million mt of refined sugar. In 2010, The company produced a total of approximately 945,000 mt of refined sugar products, accounting for approximately 57% of total sugar production in Malaysia.The company is also part of the Felda Group, which is affiliated with the Malaysia government and is one of the largest agro-based businesses in Malaysia

(Editor: Kita tunggu 28 June ini,khabarnya owner lama akan mencuba habis habisan untuk mendapatkan kembali ekuiti mereka.betul ke? Pastinya saham ini akan oversubscribed dan premiumnya melebihi Rm1.Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada KPF Koperasi Peneroka Felda..pastinya dividen kali ini lebih tinggi kan?)

Share

Penjelasan Mengenai Kenaikan Tarif Elektrik dan Bagaimana Kita Berjimat

Share

Calon wakil rakyat dari kalangan Orang Seni ?

Apa Kata Dato AC MIZAL?

Merupakan suatu penghargaan  kepada Warga Seni.  Setiap pengiat seni mempunyai sekurang-kurangnya satu nilai atau matlamat perjuangan dalam mereka berkarya. Jika di beri ruang dan peluang yang sewajarnya,mereka(orang Seni) pasti mampu melaksanakannya. Jangan lupa sepanjang mereka bergiat atau berkarya adalah semata mata untuk menghibur atau memberi pengajaran kepada Masyarakat (rakyat)

Apa kata Along Kamarudin

Sebagai Pengarah/Pelakon muda yang sangat berbakat ini, beliau tidak berapa arif tentang politik. Sepanjang perbualan beliau banyak berkongsi tentang ilmu ilmu pengarahan filem serta skrip. Bagi memulakan perbualan saya bertanya satu soalan “Mengapa sesetengah pelawak ,kelihatan sangat serius apabila mereka tidak di set pengambaran”?. Beliau menjawab bahawa sebenar benar lawak ialah apabila pelakon itu di letakkan dalam satu situasi baru dan lawaknya(bakatnya) akan terhasil. Maka dengan itu saya spin soalan semula.” Apa pendapat saudara apabila Orang Seni(pelakon)  di calonkan sebagai Wakil Rakyat? Dalam nada yakin beliau bersetuju dan percaya Anak Seni mampu serta mereka punyai semangat juang yang tidak mudah luntur…..

Share