Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

TEH TARIK YB KE UDARA BERNAMA RADIO24 17 JULAI INI

TEH TARIK YB KE UDARA BERNAMA RADIO24 17 JULAI INI

Jul 11, 2012

Sejak kali pertama saya menyertai geng Teh Tarik YB beberapa bulan lepas, saya cukup gembira dan kagum dengan usaha dan kerja keras dua orang hero TTYB ni. Mereka itu lah Uzaidi Udanis dan Zamiel Zukie yang berusaha sedaya-upaya menghasilkan sesuatu program dengan jayanya. Kini sudah bermacam-macam program dianjurkan oleh TTYB di Kuala Lumpur dan juga luar dari Kuala Lumpur. Pada 18 Julai 2012, Rabu nanti di Restoran Nelayan, Taman Tasik Tititwangsa untuk MALAM ANUGERAH IKON MEDIA SOSIAL MALAYSIA 2012. Pasti semua rakan-rakan TTYB tak sabar dah.

Tapi pada 17 Julai, Teh Tarik Bersama YB akan ke udara di ruang udara Bernama Radio24 yang mempunyai pendengar sekitar 400,000 orang. Siaran dan suara Geng TTYB juga akan didengari buat pertama kali di Johor Bharu dan Batam, Indonesia apabila frekuensi mereka sampai ke negara republik jiran kita itu. Jadi, buat pertama kali suara program TTYB akan didengari di Indonesia. Kepada geng-geng yang berada di Kuala Lumpur, anda boleh ikuti siaran program Ala-Carte Pagi di Bernama Radio24 pada hari Selasa ini jam 8.30 pagi hingga 9 pagi. Siapa yang akan muncul bagi geng TTYB masih belum diketahui. Frekuensinya untuk Lembah Kelang ialah 93.9FM.

Untuk anda yang ingin mendengar secara mobile streaming bolehlah melawat www.radio24.ada.fm untuk memudahkan anda. Dengarnya gambar Trofi untuk anugerah dah keluar ya??? Siapalah agaknya pemenang anugerah yang akan diumumkan nanti. Teruja nak tau dan nak tengok siapa bakal pemenangnya nanti.

Kepada anda yang sudah mendaftar dan akan hadir pada hari itu nanti, pastikan anda ada di sana dan setia bersama majlis sampai habis. Kita buat majlis anugerah ini untuk mengetengahkan ikon Media Sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. Bolehlah mereka mengenali rakan yang aktif dalam media sosial ni dengan lebih dekat. Namun, yang penting dengarkan dulu siaran LIVE di Bernama Radio24 pada 17 Julai ini di Bernama Radio24 di frekuensi 93.9FM ya.

p/s : Bernama Radio24 93.9FM di Lembah Kelang

 

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


7 − = one

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>