Tan Sri Rafidah Aziz Punyai Aura Yang Memikat …

 

Tak Percaya?

Are you sure Bro she’s coming? Takkanlah dia nak datang to our Teh Tarik Session yang serba santai dan tidak ada prestige ni? Have you been talking to the right person ..YB Tan Sri Rafidah Aziz? This is too good to be true….

Itulah kata -kata yang sering saya dengar apabila cuba menyampaikan jemputan kepada rakan rakan untuk hadir ke Sessi Teh Tarik kali ini. Memang sukar untuk menyakinkan beliau untuk hadir ke Sessi Teh Tarik YB ini memandangkan jadual Tan Sri yang sangat sibuk itu. Persetujuan beliau untuk hadir telah memberikan suatu suntikan semangat yang sangat besar ertinya untuk ” Teh Tarik movement ” seperti kami. Ok jemputan VVIP-checked! Jemputan rakan -rakan juga checked,walaupun penuh dengan sesi penjelasan. Tempat..no problem Ali NZ was just a phone call away. Seperti kebiasaan pihak VVIP jemputan akan menjelaskan bil bil makanan tapi ini special case…Uu, kita kena source some funding! Panggilan telefon kepada rakan-rakan perniagaan yang berkaitan sangat mengecewakan! ini jawabnya….sorry tapi Tan Sri dah takde authority untuk tolong ini dan itu ( saya pun tak faham mengapa KEMEWAHAN boleh mengubah character seseorang) Anyway, kami bersetuju untuk membiayai sepenuhnya acara ini memandangkan Tan Sri merupakan Idola kami berdua dan kami sangat -sangat menghormatinya. Dalam celah itu mujurlah ada rakan perihatin yang turut membantu sedikit dan tak perlulah saya menyebut namanya ..(Sdr Akramsyah Sanusi)

Wow! Aura nya…

Apabila YB Tan Sri Rafidah Aziz melangkah masuk ke NZ Garden, saya mula dapat rasa getarannya, Uzaidi Udanis(Uu)  dan Nana terpegun kaku,bau perfume nya sesegar bunga yang baru di petik. Saya yang ketika itu sedang membuat food testing juga seperti terkunci dan tak mampu mengunyah lagi. Bila Yb Tan Sri memberi salam barulah semuanya kembali normal dan ketika itu semua terus mengerumuni beliau untuk bersalam dan melepaskan rindu. Kak Ana Razak sanggup tidak keluar makan kerana takut akan kehilangan kerusi di bahagian hadapan sekali. Dari pengamatan saya, senario ini seakan seperti menyambut kepulangan seorang Ibu yang baru pulang dari mengerjakan Haji.

Sessi Ramah Mesra Dan Sessi Tanya Yb bermula

Memang tugas sebagai Moderator sangat bersesuaian dengan Uu. Sebelum majlis bermula beliau bekali -kali membacakan doa penerang hati agar tidak lupa skrip hari itu. Saya yang duduk bersebelahan dengan YB Tan Sri tersipu-sipu malu (teringat zaman mula mula dating masa sekolah dulu) Baju warna hitam yang saya pakai turut memantapkan lagi aura Yb Tan Sri. Mic dan perakam suara digital memenuhi ruang meja kami. Pihak Media turut memenuhi ruang hadapan untuk mendapatkan berita Ekslusif dari YB.

Saya kurang pasti beberapa soalan awal tetapi saya pasti ia berkenaan dengan nyamuk kerana jawapan Yb Tan Sri ialah “Jangan Bakar Kelambu Cuma Buang Pijat Pijat yang menggigit di tilam”  senyuman terukir di beberapa orang hadirin yang mungkin tidur nya selama ini turut di ganggu Pijat-pijat. Soalan selanjutnya yang di tanya oleh Kak Siti Zubaidah menjelaskan bahawa dia telah di marahi ” Kaw-Kaw” oleh pengikut UMNO di bawahnya.Yb Tan Sri tidak memahami jenaka spontan itu walaupun saya hampir jatuh kerusi menahan ketawa. Suami seorang hadirin di barisan hadapan itu warga Canada dan beliau juga agak hairan mengapa topik awal hari itu berkisar tentang binatang? Sememangnya hari itu kita tidak ingat kepada soalan soalan yang di tujukan cuma kita ingat kepada jawapan jawapan seperti “What is your state without my country?”

Pengalaman beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan(1977-1980),Menteri Perusahaan Awam(1980-1987) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri( Mei 87-Mac 2008) sudah memadai untuk beliau menjawab semua soalan berbentuk ekonomi dan dasar Kerajaan yang di tujukan kepada beliau malam itu. Tidak cukup dengan itu beliau turut di beri gelaran RATU dan di hadiahkan dengan serangkap pantun oleh Pak Lurah @ Othman Parman yang memandu dari Felda Raja Alias untuk bersama sama dalam program ini. Pada malam itu hanya satu soalan yang gagal di jawab oleh YB Tan Sri Rafidah,iaitu  mengenai ramalan samada BN akan menang majoriti di kawasan kawasan tertentu atau tidak. Secara berseloroh beliau berkata bahawa beliau tidak mahu menjadi seperti Paul the Octopus yang menjadi peramal semasa World yang lalu dan kini menjadi “sotong goreng”

TERIMA KASIH JASA MU DI KENANG.

Di penghujung program,Yb Tan Sri menjelaskan bahawa beliau sudah tidak berhasrat untuk merebut atau mempertahankan jawatan serta kedudukan politik lagi dan ingin memberi laluan kepada pemimpin muda untuk mengambil tempat. Walaupun berumur namun beliau tetap nampak muda dan masih aktif dalam dunia korporat. Yb Tan Sri juga mengingatkan semua agar menyokong BN dalam PRU 13 akan datang dan jangan menghukum parti hanya kerana kesalahan individu tertentu. Ucapan Terima Kasih kepada semua Media Cetak, Media Elektronik,Media Alternatif dan lain kerana menyokong program TEH TARIK BERSAMA YB TAN SRI RAFIDAH AZIZ. Majlis di akhiri dengan video presentation Uu. yang sangat menyentuh hati.Yb Tan Sri yang pada awalnya hanya ingin duduk selama 1 jam akhirnya bersantai selama 3 jam lebih bersama hadirin sambil bergambar dan minum pekena Teh Tarik. Seperti biasa ..slogan kita RIGHT PLACE,RIGHT TIME,RIGHT PERSON AND FOR THE RIGHT REASON.    

( P.s: Siapa tanya soalan di Live Tweeter nak jadi Calon Menantu YB Tan Sri?)

Share

Author Description

Admin2

No comments yet.

Join the Conversation


+ 9 = twelve