Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

#SOCIALICON BAHANG ANUGERAH IKON MEDIA SOSIAL MALAYSIA 2012

#SOCIALICON BAHANG ANUGERAH IKON MEDIA SOSIAL MALAYSIA 2012

Jul 10, 2012

Semua pembaca tehtarikbersamayb.com pasti sudah sedia maklum bahawa tidak lama sahaja lagi pada 18 Julai 2012 di Restoran Nelayan di Taman Tasik Titiwangsa bakal menyaksikan sejarah Ikon Media Sosial Malaysia bakal dinobatkan buat kali pertama. Segala persiapan menjelang malam bersejarah itu berjalan lancar dan kini semua orang giat menjalankan peranan masing-masing untuk memastikan ianya satu kejayaan untuk semua. Anda juga ada peranan anda.

Anda hanya perlu aktif bertweet mengenai Media Sosial tidak kiralah Facebook, Twitter, Youtube dengan gaya anda dengan menggunakan hashtag #socialicon dan anda berpeluang MENANG hadiah pada malam anugerah itu nanti. Apa hadiahnya, tak bolehlah kami beritahu sekarang dan ia pastinya hebat. Dah macam iklan dekat pusat membeli-belah pulak kan?? Anda kena tweet banyak-banyak menggunakan hashtag #socialicon ni untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah pada malam itu.

Dijadualkan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasmikan malam anugerah itu yang akan menobatkan 9 kategori anugerah kepada ikon yang aktif menggunakan Media Sosial setiap hari sehingga mempengaruhi perjalanan hidup setiap dari kita. Maklumlah, kita setiap pagi mesti akan log masuk ke akaun Facebook dan tak boleh berenggang dengan Blackberry, iPad, Samsung Tab dan pelbagai gajet lagi untuk Twitter.

Selayaknya anda semua yang dok update status Facebook setiap hari dan Tweet berkenaan makan tengahari, sakit anda hari tu dan mungkin juga masalah kerja anda apa salahnya sebagai salah seorang penggiat media sertakan hashtag #socialicon sebagai tanda Bahang anugerah sudah semakin hampir menjadi kenyataan. Barulah terasa bahawa kita yang menggunakan media sosial memartabatkan ia dengan prestij tanpa sia-sia sahaja menggunakannya.

Tengok video dari salah seorang ikon media sosial youtube ni berkenaan apa itu media sosial dan kesannya…

p/s : Media sosial madah penyatuan.

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


2 × = eighteen

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>