LYNAS: ANTARA FAKTA DAN AUTA.

 

April 14, NZ Garden,Kuala Lumpur.

Seperti rakan-rakan yang lain,saya jugak agak keliru dengan isu Lynas ini,Bila pertama kali terdengar saya sangkakan bahawa ianya menu makanan lazat dari Pahang. Setelah melayari internet untuk mencari bahan saya dapati banyak cerita -cerita negatif mengenainya. Radioaktif? Mmm…fikirkan positif,peluang untuk menjadi Spiderman Malaysia. Satu perkara yang membingungkan saya ialah ,mengapa ini menjadi satu isu politikal sedangkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pegangan saham di dalam nya.? Mengapa beria – ria untuk memperbesarkan isu ini sedangkan  pelaburnya dari Australia…biaq pi la..kata orang Kedah.

Selepas berfikir panjang dan cuba memahami isu ini dari perspektif yang lain,saya merasakan ada sesuatu yang sangat istimewa dalam isu ini. Kehadiran Ikhlas Boss Besar Lynas Sdn Bhd, Dato Marshal Ahmad beserta Prof Dr Ismail Bahari( pakar keselamatan radiologi) dan Puan Mimi. pada sessi Teh Tarik YB malam itu telah berjaya membuka minda kami tentang pentingnya LYNAS di teruskan. Bukan hanya untuk kemegahan politik,tetapi ialah tentang “survival industry” dan keperluan masa hadapan. Jelas dan nyata dari segi ekonomi dan pelaburan ianya amat menguntungkan dan akan membuka peluang serta membuka pintu kepada pelaburan -pelaburan lain untuk datang ke Malaysia. Peluang pekerjaan akan bertambah di kawasan setempat, kilang -kilang berasaskan Teknologi Hijau akan mula di buka di Malaysia. Universiti- Universiti tempatan sejak kebelakangan ini sering membuka kursus kursus baru seperti “advance Material” Biotech dan lain lain lagi yang memerlukan “spearhead project” seperti Lynas untuk penempatan pekerjaan kelak.

Pada malam itu berbagai soalan telah di tanya dan telah di jawab secara professional malahan Prof Dr Ismail Bahari dengan berbesar hati menunjukkan demo khas kepada semua yang hadir. Baru kami faham apa itu radiasi….Namun apa yang menghairankan saya ialah mengapa ada pihak yang membangkang? Adakah demo perhimpunan hijau itu ialah alam sekitar atau hijau Parti?

Beberapa tomahan serta tuduhan dari pihak Parti Pembangkang tentang fakta di Lynas adalah tidak benar sama sekali. Contohnya:

LYNAS di tuduh sebagai Nuclear Plant? Jawapan: Lynas hanyalah chemical processing plant yang beroperasi pada “atmospheric pressure dan ambient temperature” Maka tidak ada api atau letupan yang boleh mengakibatkan kebocoran radioaktif dan mencemarkan alam sekitar seperti Plant Nuclear.

LYNAS ialah sama seperti Asian Rare Earth (ARE)?-  Jawapan, Tidak Benar! ARE menggunakkan monazite sebagai bahan mentah. Monazite yang di ekstrak itu mengandungi 43 kali lebih radioaktivitynya dari bahan mentah Lynas. Bahan buangan ARE juga 48 kali lebih radioaktifnya.

Kononnya Operasi LYNAS akan merebaknya sakit kanser serta mengakibatkan kecacatan pada bayi yang baru lahir?  Jawapan, TIDAK BENAR…1) Kementerian Kesihatan melaporkan cancer prevalance sebanyak 720 kes per sejuta (MOH ,2007) 2) Walaupun tanpa kilang LYNAS penyakit kanser di sekitar penempatan adalah  35 kes per sejuta(RIA) 3) Selepas pembinaan kilang LYNAS penyakit kanser dari awam hanyalah o.1 kes per sejuta (0.002mSv/y)

Al kisahnya pembangkang ni macam dah takde modal,kononnya pakar -pakar mereka ( khabarnya hanya Doktor Haiwan) berhujah bagai nak rak kononnya LYNAS tak selamat padahal pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam sekitar mengatakan ianya SELAMAT. Fikir-fikirkanlah wahai pembaca pembaca budiman sekelian.  Di awal acara Teh Tarik YB ini, sebanyak 100 helai soalan mudah mengenai Radioaktif dan Lynas  telah di edarkan kepada peserta yang hadir dan mereka di kehendaki menjawabnya. Hasilnya , 98% tidak dapat menjawab atau menjawab jawapan yang salah. So…persepsi persepsi dan persepsi!

Share

Author Description

Admin2

No comments yet.

Join the Conversation


× six = 42