Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

IKON MEDIA SOSIAL BAKAL DIHARGAI 18 JULAI INI

IKON MEDIA SOSIAL BAKAL DIHARGAI 18 JULAI INI

Jul 6, 2012

Semua rakan dan geng Teh Tarik Bersama YB (TTYB) memag sudah tidak sabar untuk menunggu tarikh 18 Julai ini yang mana kali pertama akan diadakan majlis Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia 2012 pertama di Restoran Nelayan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Idea yang dicetuskan oleh TTYB kini sedang digiatkan oleh Uzaidi Udanis dan Zamiel Zukie serta rakan lain dengan giat dan tak tidur malam.

Persiapan sudah giat dijalankan dan kita tunggulah penggiat atau pengamal Media Sosial akan dihargai di bawah program ini yang dijalankan di bawah Akademi Transformasi Media 18 Julai nanti. Kepada syarikat yang berminat untuk menyertai majlis ini juga boleh menghubungi TTYB untuk informasi lanjut berkenaan harga tempahan meja pada malam itu.

Dijangkakan pada malam 18 Julai pelbagai program menarik sudah diaturkan untuk memeriahkan acara berkenaan yang mungkin acara terakhir anjuran TTYB sebelum kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi. Acara ini diadakan khas untuk memberi penghargaan kepada penggiat media sosial dalam media baru seperti Facebook, Twitter, Youtube, Tumblr dan Blogger serta banyak lagi demi untuk dan mereka memberi kesan kepada masyarakat dalam erti sosial. Mereka mempereratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

Rata-rata komen di laman Facebook Teh Tarik Bersama YB menunjukkan geng-geng TTYB begitu teruja untuk menghadiri malam anugerah penuh gilang-gemilang itu nanti.

Apapun kita tunggu segala persiapan selesai dan kita tengok siapa bakal dianugerahkan dalam Majlis Anugerah Ikon Media Sosial 2012 di Restoran Nelayan, pada pukul 8 malam. Kita tunggu….

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


5 − one =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>