Right Place..Right Time ..Right Person …& for the Right Reasons

Bayangkan MELAKA tanpa D.A.R

Bayangkan MELAKA tanpa D.A.R

May 18, 2012

Gelak ketawa ceria memulakan sesi Teh Tarik Bersama YB minggu lepas bersama tetamu istimewa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Biarpun sibuk sebaik pulang dari Korea serta sempat menziarahi rakan yang meninggal dunia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam atau lebih di kenali sebagai DAR tetap ceria melayani rakan -rakan Fb, twitter serta Blogger dengan memberi penjelasan serta jawapan kepada setiap persoalan.

Jelas di wajahnya, DAR begitu kecewa dengan perkembangan demonstrasi terutamanya BERSIH 3.0 baru baru ini.Beliau menjadi pelik apabila perhimpunan yang sepatutnya tidak bermotifkan politik itu turut di hadari dan di wakili oleh pemimpin pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim ,Lim Kit Siang  dan ramai lagi. Apa yang lebih membimbangkan lagi jika perhimpunan itu gagal di kawal serta ada provokasi dan tercetuslah kejadian seperti 13 Mei 1969.

Beliau berpendapat langkah berdemonstrasi hanya akan memalukan imej negara di mata dunia. DAR menegaskan betapa pentingnya menjadi negara maju dengan akhlak yang terpuji. Segala pendapat boleh juga di ajukan menggunakkan platform Media Baru seperti Facebook,twitter dan lain lain. Sehubungan dengan itu ,DAR menjemput rakan -rakan semua agar menjadi rakan beliau di FB dan menjadi followernya di Twitter.Tidak seperti pemimpin pembangkang, DAR tidak pernah menyekat atau memadamkan sebarang teguran atau kritikan yang di tujukan kepada beliau di laman media Sosial.

Pada sessi Teh Tarik YB ini juga beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz “MELAKA KAH KAU” yang di anjurkan oleh geng Ttyb. Mereka yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul telah berjaya mendapat hadiah sebotol cincalok serta Belacan buatan Melaka bagi menandakan bahawa si pemenang merupakan orang yang sememangnya punyai pertalian yang rapat dengan Melaka . Seorang peserta dari Pulau Langkawi ,Kedah yang hanya dapat menjawab 2 soalan dengan betul  iaitu Sdr Sameer Khan terpegun kerana telah berjaya mendapat hadiah percutian 2 Hari 1 malam ke Melaka. Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Sameer berhak dan layak mendapat hadiah itu kerana dia perlu tahu lebih banyak perkara mengenai Negeri Melaka.

Jadi kepada siapa yang belum pernah hadir ke Sessi  Teh Tarik ini, cubalah datang kerana anda tak tahu apa yang anda bakal bawa pulang nanti…

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


4 − = two

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>